Rumah Tangga Nora Danish Kembali Bergolak?
June 22, 2008

NORA DANISH
JOYAH terkejut apabila tiba-tiba ada ribut bertiup mengatakan rumah tangga pelakon Nora Danish kembali bergolak.
Hai… entah betul atau tidak berita ini Joyah tak berani nak sahkan sebabnya apabila kawan Joyah menghubungi Nora, dia tidak menjawab telefon.
Malah mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Nora juga tidak dibalas.
Tapi sumber yang memberitahu Joyah ini bermati-matian mengatakan kononnya hubungan Nora dengan suaminya Rizal Ashram kembali tegang.
Setahu Joyah kes melibatkan pihak ketiga yang dikatakan mengganggu rumah tangga mereka sudah lama selesai. Dan Nora juga dalam sebuah majalah turut menceritakan dia sedang melalui detik bahagia selepas melalui ujian pahit itu.
”Aku dengar memang Nora dan suaminya itu ada krisis semula. Harap-harap mereka dapat selesaikan dengan baik.
Bukannya apa aku ni memang peminat Nora. Kalau boleh aku tak mahu artis aku ada masalah. Nak tengok dia orang happy saja,” kata sumber itu.
Joyah bukan nak masuk campur soal rumah tangga orang sebab rumah tangga Joyah pun ada ujiannya juga. Yalah hidup berumah tangga memang macam tu.
Kalau tak ada ujiannya, tak ‘thrill’ orang kata. Joyah tertanya-tanya juga apa kes yang melibatkan hubungan Nora dengan Rizal itu bergolak kembali?
Adakah ia melibatkan masalah yang sama atau ada kisah lain?
Sekiranya perkara itu benar, Joyah berharap sangat agar Nora dan Rizal dapat memulihkan hubungan dan cari jalan penyelesaian yang terbaik.
Jangan gaduh-gaduh takut nanti rumah tangga menjadi bertambah kelam-kabut.
Utusan Malaysia