Cerita Di Sebalik Lisa Dan Tam Spider
February 15, 2009
KL, 15 FEB 2009: Sejak akhir-akhir ini nama pelakon jelita berkulit putih gebu, Lisa Surihani semakin menjadi sebutan ramai. Di sana-sini Murai Batu tengok wajah Lisa terpampang sebagai poster dan pin-up.
Lisa bukan saja bijak kerana mempunyai kelulusan dalam jurusan undang-undang, malah dia juga makin pandai berlakon. Kalau tidak masakan dia mendapat anugerah Bintang Harapan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) yang lalu.
Apabila artis tu dah cantik dan single, maka mulalah orang bergosip. Ada yang cakap Lisa intim dengan Farid Kamil dan terbaru pula dengan Tam Spider? Macam mana gosip ini boleh timbul?
Tentang Farid Kamil itu, Murai Batu faham sebab mereka artis sebumbung di bawah MIG. Kebetulan, Lisa juga berlakon filem terbaru arahan Farid, Rempit V3, maka makin rapatlah hubungan mereka selepas berlakon dalam filem I’m Not Single tahun lalu.
Tapi yang nak tergelak tu, gosip Lisa dengan Tam Spider. Tak ada ribut tak ada hujan, macam mana agaknya boleh timbul gosip dengan vokalis kumpulan Rela Ku Pujuk itu?
Rupa-rupanya, Tam yang dimaksudkan itu adalah Tam Suhaimi, pelakon kecil molek yang terkenal dengan telemovie Takbir Suci dan siri komedi Gaia. Laa… itulah jadinya kalau nama pun dah dekat-dekat sama.
Tapi jangan salah faham, mereka bukan ada feeling, sebaliknya Lisa dan Tam Suhaimi adalah satu geng sebab mereka selalu lepak minum-minum di bistro dengan ditemani oleh rakan-rakan lain seperti Intan Ladyana dan Farish Aziz.
Tapi kalau betullah Si Tam Spider tu berminat nak berkawan dengan Lisa, Murai Batu rasa Ok juga kan?
MURAI BATU: Sekarang ramai bintang baru yang cantik-cantik dan berbakat, jadi bagi pelakon senior yang kuat berangan dan kekwat tu bawa sedarlah sikit ya.
Murai