Nafi Masuk Politik
February 22, 2009

AKTOR Aamir Khan menolak khabar angin bahawa dirinya mempunyai perancangan untuk bergelumang dalam kancah politik.
Desas-desus ini terjadi selepas pelakon terkenal tersebut kerap memberi pendapat tentang masalah politik dan sosial.
Aamir juga seringkali menuntut reformasi pilihan raya umum dan meminta parti politik lebih mesra orang muda yang dinamik.
Namun ketika ditanya tentang rancangannya untuk memasuki bidang politik, Aamir menolaknya dengan tegas dan jelas.
“Tidak, tidak mungkin,” kata Aamir dalam satu acara di New Delhi, India.
Kosmo