Archive for the ‘Abby Abadi’ Category

Memey Elak Temui Norman Di Pejabat

April 24, 2009




Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap
“DIA (Norman Hakim) memang lelaki yang paling rapat dalam hidup saya buat masa ini. Saya memang tidak berkawan dengan lelaki lain. Tapi, sejauh mana hubungan kami berdua sama ada bercinta atau perancangan untuk berkahwin selepas ini, soalan itu perlu ditanya kepada Norman sendiri.

“Maklumlah, kini orang menyalahkan saya kerana keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Abby Abadi. Sebagai wanita, tidak manis saya yang bercakap lebih-lebih perkara ini, seperti pepatah, ‘Takkanlah perigi pula yang mencari timba,” kata Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21.

Terus terang, kata Memey, dia memang menghadapi tekanan kerana sering ditanya status hubungannya dengan Norman sampai hari ini.

“Bilakah semua ini akan berakhir? Itulah juga perkara pertama yang saya fikirkan setiap kali menghadiri sidang akhbar kerana saya tahu orang akan tanya soalan yang sama juga.

“Saya memang sudah bosan untuk menjawab soalan yang sama tapi nak buat macam mana, ia perkara yang tidak boleh dielakkan. Pihak wartawan hanya buat kerja mereka saja.

“Saya juga terpaksa datang untuk menghadiri sidang media drama lakonan saya kerana ia komitmen yang perlu diberikan sebagai pelakon,” katanya.

Memey berkata, dia mengakui tidak ada kebebasan untuk berjumpa dengan Norman seperti pasangan lain.

“Kami juga tidak boleh berjumpa di pejabat Norman kerana setiap kali saya ke sana, pasti ada orang mengekori dan menunggu di sana.

“Kebebasan saya selama ini terganggu kerana setiap pergerakan sentiasa diperhatikan orang. Saya percaya, orang hanya cari sebab untuk mencari salah saya saja sekarang.

“Setiap kali bertemu Norman di pejabatnya, pasti ada orang sampaikan pada pihak media. Kini, kami terpaksa bertemu di tempat lain supaya tidak dihidu orang lagi. Tapi tempat itu masih tempat awam cuma ada kebebasan sikit di situ,” katanya.

 

 

Justeru, kata Memey, dia berharap perbicaraan kes khalwatnya dengan Norman pada 15 Mei ini juga selesai dengan baik.

“Kalau orang tanya bila saya nak kahwin dengan Norman. Jawapan saya mudah saja. Saya belum fikir soal kahwin lagi kerana usia masih muda, baru 21 tahun. Buat masa ini, fokus saya pada kerjaya seni dulu dan membantu keluarga,” katanya.

Memey ditemui ketika pelancaran drama online terbaru, Gua, Mingguan Lelaki di Solaris Mont Kiara, di sini, baru-baru ini.

Mengenai lakonannya dalam drama Mingguan Lelaki, Memey berkata, ini kali pertama dia berlakon di bawah arahan Aziz M Osman.

“Ketika ditawarkan berlakon dalam drama online, Mingguan Lelaki, saya berasa berdebar dan takut kerana tidak pernah bekerja dengan Aziz sebelum ini.

“Namun, banyak ilmu lakonan yang saya boleh belajar dengannya ketika penggambaran kerana Aziz, pengarah yang kreatif. Sebelum penggambaran sesuatu babak itu, kami perlu berlatih dulu sebelum menjayakan babak sebenar dan begitulah babak seterusnya. Ia bagaikan kelas lakonan bagi saya.

“Watak yang ditawarkan pada saya juga mencabar kerana Farah adalah wanita penggoda. Sebelum ini, saya sering diberikan watak gadis kampung yang baik dan jarang dapat karakter seperti ini.

“Ada tiga babak yang saya perlu ulang banyak kali. Antara babak paling susah ialah episod 7, babak Farah perlu menggoda Ilham (lakonan Fazren Rafi) di ruang tamu,” katanya.

Selain itu, Memey baru selesai penggambaran filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak dan drama untuk RTM, Khatan.

Tidak ketinggalan, dia juga terbabit dalam drama bersiri 62 episod, Roda-Roda Kuala Lumpur terbitan Skop Productions.

“Setakat ini, tawaran berlakon tidak pernah putus tapi saya lebih mementingkan aspek kualiti daripada kuantiti kerana saya ingin orang menilai menerusi hasil kerja,” katanya.

Ditanya, sama ada dia mengelakkan diri daripada bergandingan dengan Norman atau Abby dalam drama, Memey berkata, dia tidak ada masalah untuk bergandingan dengan mereka pada masa depan.

“Saya juga tidak kisah jika bergandingan dengan Norman atau Abby sekalipun kerana sebagai pelakon, saya perlu profesional. Cuma setakat ini, saya belum pernah digandingkan dengan mereka dalam mana-mana projek lagi,” katanya.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5″;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194″;
innity_width = “260″;
innity_height = “230″;

Harian Metro

Petua Solekan, Rias Wajah

April 22, 2009

Rap
JURUSOLEK penting dalam pembentukan imej artis dan selebriti. Malah dengan sentuhan golongan inilah, wajah yang kelihatan biasa pada mulanya bertukar rupa lebih cantik dan berseri.

Jurusolek artis terkenal, Deq Sha akan menurunkan petuanya kepada peminat yang berhasrat memiliki wajah jelita seperti artis pujaan mereka pada Bengkel Cantik Sihat Mak Dara anjuran Mak Dara Sdn Bhd dan Duyong Production.

Melalui bengkel itu, Deq Sga yang berjaya mengubah penampilan Noorul Huda Abdul Wahab (Nurul), Fasha Sandha, Nita dan Rozita Che Wan, akan berkongsi pengalaman menjadi jurusolek profesional yang hebat dan disegani ramai.

Katanya, dalam bengkel itu nanti dia akan mengajar peserta teknik merias wajah secara profesional. Selain memperturunkan petua solekan bagaikan artis, dia juga akan mengajar teknik solekan bergaya semula jadi dan gaya ke pejabat.

Manakala Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib akan memberi tip penjagaan kecantikan dan kesihatan luaran dan dalaman. Petua itu perlu diketahui wanita untuk lebih yakin diri dan berketrampilan.

Dalam segmen Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga Cara Orang Lama, Halimah yang juga bekas Ratu Kebaya 14 kali pada 1970-an akan mengajar teknik senaman dalaman khusus untuk wanita selama sejam.

Halimah juga akan memberi tip menambat hati suami melalui hubungan seksual berkualiti, petua mengelak suami curang dan rahsia tempoh berpantang. Artis wanita popular yang kekal jelita, Abby Abadi akan tampil berkongsi petua kecantikan dengan peserta.

Abby juga akan membuat pendedahan eksklusif. Ibu tunggal anak tiga ini akan berkongsi pengalaman pahit manisnya sepanjang berada di alam rumah tangga. Abby juga memberi tip persediaan wanita berhadapan dengan masalah rumah tangga dan bagaimana mencari kekuatan saat menghadapi masalah.

Bengkel itu akan berlangsung di Kuala Lumpur dan Melaka pada 9 dan 10 Mei ini, jam 9 pagi hingga 5 petang. Mereka yang berminat hubungi Kelly Azman di 012-2707191 untuk tempahan segera. Tempat terhad untuk 100 peserta.

Mereka yang mahu mempelajari gaya hidup sihat dan cantik luar dalam, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Peserta juga berpeluang memenangi tiket melancong dalam negara untuk dua orang, songket tenun Terengganu berharga lebih RM1,000 dan berpeluang diangkat sebagai Ratu Cantik Mak Dara yang akan dipilih melalui acara ini di setiap lokasi.

 

 

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5″;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194″;
innity_width = “260″;
innity_height = “230″;

Harian Metro

“Berani Kerana Benar!” – Abby

April 22, 2009

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my

“MEREKA telah menjatuhkan maruah kami! Saya rasa terhina sangat!” Demikian luahan pelakon popular, Abby Abadi, apabila diminta mengulas tentang tindakan nekadnya, menarik diri dari meneruskan penggambaran untuk drama berjudul Paku Di Dinding terbitan Aficionado Media Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Lebih menarik, bukan sahaja Abby, teman baiknya, Zulkifli Ariffin juga memilih untuk tidak meneruskan penggambaran drama arahan Shahruman Ahmad itu secara tiba-tiba.

Tindakan Abby telah membuatkan produser drama tersebut, Nor Faiz Ahmad Helimi merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua pelakon ini.

Sedikit pun tidak gentar dengan tindakan yang bakal dikenakan terhadap dirinya, Abby yakin dirinya berada di pihak yang benar.

Baginya, tindakan menarik diri ketika penggambaran drama itu sedang dijalankan adalah patut kerana pihak produksi telah menjatuhkan air muka mereka.


ABBY tidak mahu lelaki yang terlalu kaya.

“Bayangkan, mereka membuat kenyataan kepada sebuah akhbar yang memburuk- burukkan diri saya. Mereka kata saya beria-ia sangat hendak berlakon dan meminta produksi untuk mengambil Zul dalam drama itu juga.

“Kemudian dalam kenyataan itu juga mereka mendakwa kerana kasihan kepada kami, produksi itu terpaksa mengambil kami berlakon.

“Kenyataan itu membuatkan kami menanggung malu. Seolah-olah saya yang sibuk mencari tawaran lakonan untuk dia. Ingat saya dah tak ada kerja ke nak buat macam itu? Zul boleh mendapat tawaran dengan sendiri tanpa perlu mendapat bantuan saya.

“Sebab itu saya ambil keputusan untuk tidak teruskan bekerja dengan mereka, sebab mereka telah menjatuhkan maruah saya. Sekarang, dia kata kenyataan itu bukan keluar dari mulut dia selain mahu mengenakan tindakan menyaman kami kerana kerugian yang terpaksa ditanggung.

“Tak mungkin kenyataan itu dari orang lain. Sebelum ini kami menolak beberapa drama lain agar boleh fokus kepada drama Paku Di Dinding, supaya tak kelam-kabut. Jadi, hanya satu drama saja yang kami bekerja pada waktu berita itu ditulis,” kata Abby yang sepatutnya memainkan watak sebagai pasangan kekasih kepada Zul dalam drama itu.


ABBY menegaskan Zul boleh meraih tawaran lakonan tanpa bantuan dirinya.

Menurut Abby, pada awalnya, dia tidak tahu langsung mengenai kenyataan itu memandangkan pada hari tersebut, Abby tidak mempunyai penggambaran dan sedang sibuk membuat promosi di satu lokasi luar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Zul pula berada di lokasi untuk penggambaran drama tersebut dan terkejut ketika membaca mengenai kisah mereka yang didedahkan akhbar itu.

“Zul terus menelefon saya dan membacakan artikel itu pada saya. Waktu itu, saya rasa terkejut dan malu sangat. Dan masa itu juga saya terus ambik keputusan tarik diri.

“Memang betul, awalnya kami memang ada sedikit masalah sana sini. Tapi seperti biasa, sebagai seorang artis yang sedang mencari rezeki, saya mengalah dari mula lagi dan bersabar, tetapi akhirnya saya yang diberi malu oleh mereka,” ujar Abby.

Tambahnya lagi, sebelum mendapat tawaran lakonan drama itu, pihak Aficionado memberitahu bahawa namanya dan Zul telah diberikan kepada pihak Astro dan Abby dikatakan tidak diterima, manakala Zul pula diterima untuk drama tersebut dan akan cuba membantu Abby untuk mendapatkan watak seperti yang dipersetujui mereka.

“Tak lama lepas itu, saya diberitahu bahawa nama kami akan terlibat dalam pembikinan drama itu. Bukan sebab merayu atau beria-ia mahukan tawaran.

“Saya juga mahu menjelaskan penarikan diri saya dan Zul dalam drama itu adalah keputusan masing-masing. Bukan saya yang minta Zul berbuat demikian. Dia boleh berfikir sendiri untuk melakukan sesuatu untuk dirinya dan kariernya,” tuturnya tegas.

Minat lelaki muda, tolak VIP

Nampaknya semenjak hidup solo, populariti Abby semakin hebat. Malah wajah dan namanya hampir setiap hari terpampang di media. Kisah kontroversinya bagaikan tidak boleh memberi satu titik tanda noktah. Ada saja yang tidak kena berlaku pada diri ibu tunggal ini.

Tatkala kisah antara Abby dan Zul kononnya sedang bercuti bersama di China semakin reda, kontroversi baru pula yang menyelubungi kedua-dua pelakon ini.

Apalagi sejak rapat dengan Zul, pelbagai tohmahan yang diterimanya. Malah ada sesetengah individu melabelkan dirinya kini lebih berminat dengan lelaki muda.

Lali dengan gosip-gosip panas yang diberikan kepadanya, Abby merasakan ia hanya isu yang sengaja mahu digembar-gemburkan.

Menjawab dengan nada selamba, Abby berkata isu itu juga mungkin kecoh memandangkan saat ini dia mempunyai hubungan yang agak rapat dengan Zul.

“Saya rasa, orang berkata begitu kerana saya rapat dengan Zul yang kebetulan umurnya lebih muda dari saya. Dan hanya Zul saja orang muda yang menjadi teman rapat saya. Mana ada saya minat dan rapat dengan lelaki muda?

“Masa awal-awal kenal dengannya, saya pun tak tahu dia lebih muda dari saya.Melihat pembawakan dirinya dan saiz badan yang besar, dia nampak matang. dan saya kenal dia pun ketika mengandung lapan bulan, tak sangka pula kami berkawan baik sehingga hari ini,” katanya dalam nada ketawa senang.

Menurut Abby, dia mengakui lebih senang rapat dengan golongan muda berbanding dengan menjadi mangsa cinta golongan ternama yang jauh lebih berusia dan sudah menjadi suami orang.

Dengan keadaannya yang bergelar ibu tunggal, Abby juga sama seperti artis lain yang turut menerima ajakan dan pelawaan VIP yang ingin merapatkan diri dengannya.

Namun, doa Abby, dirinya seboleh-boleh tidak mahu menjalinkan hubungan dengan golongan seperti itu kerana bimbang dengan status mereka.

“Bukan berlagak, tetapi saya lebih suka dengan lelaki yang sederhana. Saya tak mahu lelaki yang terlalu kaya. Tapi biasalah, bila dah jadi solo semula, mulalah orang nak cuba-cuba, tak kiralah orang biasa atau VIP. Sampaikan kawan sekolah lama saya pun cuba nak ‘mengayat’ saya. Kebanyakan lelaki ini ingat saya tak boleh hidup tanpa suami agaknya.

“Setakat ini, alhamdulillah, saya boleh bergerak mencari rezeki sendiri untuk masa depan anak-anak. Tapi dengan VIP, seboleh-bolehnya saya cuba elakkan. Dari dulu lagi saya memang tidak suka untuk bercinta dengan orang kaya. Cukuplah yang biasa-biasa sahaja,” katanya.

Imej lebih remaja

Sejak kembali solo, rezeki Abby semakin melimpah ruah dengan pelbagai tawaran lakonan.

Malah, imejnya juga semakin bergaya. Dengan mempunyai kulit wajah yang bersih, tentu bagi sesiapa yang belum mengenalinya, pasti menganggap ibu tunggal ini seorang remaja.

“Ya ke macam remaja? Tak adalah. Pemakaian saya biasa saja macam dulu. Mungkin sebab sebelum ini saya berstatus isteri, orang tidak endahkan sangat. Tapi, bila menjadi solo semula, orang pun mulalah beri perhatian dengan setiap pergerakan dan pemakaian kita.

“Saya masih sama, yang penting pakaian tidak mendedahkan. Cuma pernah sekali saya memakai baju yang bahagian lengannya jarang, tapi itu pun saya pakai kerana mengikut kehendak skrip drama Segalanya Ku Terima sebab kena berlakon ‘daring’,” ujarnya yang sedang sibuk dengan penggambaran Gerak Khas dan Damak.

Sementara itu, di samping sibuk dengan kerjaya lakonan, Abby juga akan meluangkan masa berkongsi pengalaman hidup dengan kaum wanita lain dalam Bengkel Cantik Sihat Mak Dara awal Mei depan.

Di Kuala Lumpur, bengkel kecantikan yang memberi tumpuan khas kepada isu luaran dan dalaman wanita ini akan berlangsung pada 9 Mei sementara di Melaka pada 10 Mei depan.

Abby akan berkongsi cerita mengenai pengalamannya serta pahit getir yang dilaluinya dan bagaimana dia mendapat kekuatan setelah rumah tangganya berhadapan dengan masalah serius.

“Saya berterima kasih kepada pengasas produk Jamu Mak Dara kerana menjemput saya ke bengkel itu untuk berkongsi cerita. Selepas apa yang dilalui, saya seperti mempunyai semangat baru dalam hidup dan saya boleh menerima dan reda dengan kenangan pahit lalu untuk teruskan hidup.

“Saya bukan mahu menceritakan keburukan sesiapa, tetapi saya mahu jadikan cerita saya ini untuk memberikan semangat kepada wanita lain untuk berdiri di atas tapak kaki sendiri tanpa bantuan sesiapa,” ujarnya yang akan bercerita secara eksklusif kepada khalayak yang hadir ke acara berkenaan.

Selain Abby, jurusolek artis popular, Deq Sha juga bakal tampil dengan tip solekan terkini gaya artis profesional di acara yang akan bermula pada pukul 9 pagi ini. Pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah Shuib juga bakal tampil dengan beberapa tip kesihatan rahsia dalaman wanita pada acara ini.

Menurut Abby, peserta juga berpeluang untuk menyertai acara Ratu Cantik Mak Dara di samping meraih pelbagai hadiah menarik, termasuk pakej pelancongan. Peminat dan wanita yang mahu menyertai acara ini masih ada peluang untuk berbuat demikian dengan menghubungi talian 012-2707191 atau 03-41055088. Pendaftaran hanya terhad kepada 200 orang peserta sahaja.

Kosmo




© 2010 - LoveNotePress.Com - Powered by WordPress - Designed by XHTML Valid