Archive for the ‘Abhishek Bachchan’ Category

Aishwarya Model Barbie Bollywood

March 25, 2009






Aishwarya Rai

LONDON: Kecantikan yang dimiliki bintang Bollywood, Aishwarya Rai mendapat perhatian apabila wajah bekas ratu cantik dunia itu bakal diabadikan sebagai model terbaru patung Barbie.

Rai yang pernah memenangi Ratu Dunia 1994 semakin mendapat perhatian apabila turut berlakon dalam filem Hollywood termasuk Bride and Prejudice, Mistress of Spices, The Last Legion dan terbaru Pink Panther 2 bersama aktor Steve Martin.

Beliau diibaratkan menjadi ahli keluarga diraja Bollywood apabila mengahwini anak pelakon bintang filem paling popular India, Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan.

Pemilihan sebagai model Barbie meletakkan pelakon berkenaan sebaris diva Hollywood yang turut menjadi model patung berkenaan seperti Beyonce dan Elizabeth Taylor. – Agensi

Berita Harian

Abhishek, Sonam Cetuskan Histeria

February 17, 2009


SONAM dan Abhishek dalam satu babak filem, Delhi 6.

DUA pelakon utama produksi terbaru Bollywood, Delhi 6, Abhishek Bachchan dan Sonam Kapoor telah mencetuskan histeria di kalangan peminat filem ketika mereka muncul mempromosikan filem tersebut di Mumbai baru-baru ini.

Filem tersebut diarahkan oleh Rakeysh Omprakash Mehra, yang terkenal dengan arahannya menerusi filem Rang De Basanti.

Bercakap mengenai pengalamannya sepanjang menjalani penggambaran filem tersebut kepada IANS, beritahu Abhishek: “Ia (pengalaman berlakon Delhi 6) sangat hebat. Sejak 12 tahun lalu saya dan Rakeysh cuba menjalinkan kolaborasi. Jadi, ia sangat mengujakan apabila saya dapat bekerjasama dengannya menerusi Delhi 6.”

Judul filem tersebut diambil daripada poskod suatu kawasan di New Delhi yang menjadi asas skrip filem itu. Ia merupakan kawasan yang terletak berhampiran pasar terkenal Chandni Chowk, Jama Masjid dan Red Fort.

Filem itu mengisahkan mengenai Roshan yang kembali dari New York untuk tinggal di India tanpa mengetahui ia bakal menjadi pengembaraan yang panjang dalam hidupnya. Filem itu dijadualkan mula ditayangkan di India pada 20 Februari ini.

Kosmo

Laman Web Perkecil Peranan Aishwarya

February 4, 2009



AISHWARYA Rai diberi watak kecil dalam Pink Panther 2.

NEW YORK: Promosi Pink Panther 2 memberi peluang kepada aktres Bollywood, Aishwarya Rai, menghadiri semua tayangan perdana di seluruh dunia, meskipun memegang peranan kecil dalam filem itu.

Sebuah laman web memperkecil-kecilkan pelakon itu dengan berkata: “Lupakan saja peranan kecilnya dalam filem ini. Kita semua tahu, ia adalah filem Steve Martin dan peranan Ash (nama jolokan Aishwarya), tidaklah begitu banyak.

“Anggapan itu tidak diambil pusing oleh Ash yang kini bersedia menghadiri tayangan perdana di banyak bandar raya di seluruh dunia bermula dengan New York,” kata laman web itu.

Suami, Abhishek Bachchan, juga berada di New York. Mereka akan menyambut ulang tahun Abhishek esok dengan disertai ibu serta bapa mentua, Jaya dan Amitabh.

Selepas itu, Ash akan menuju ke Eropah termasuk Paris, Madrid serta Moscow, Russia untuk meneruskan promosi The Pink Panther 2 dalam 15 hari akan datang, dengan destinasi terakhir di pesta filem Berlin.

Sementara itu, Aishwarya dilaporkan enggan menerima anugerah penghargaan oleh kerajaan Perancis kepadanya semata-mata kerana bapanya sedang sakit.

Aktres itu dilaporkan terpaksa menolak untuk hadir ke majlis penganugerahan ‘Officer Dan Ordre Des Arts Et Des Lettres’ itu sehingga bapanya benar-benar pulih untuk bersamanya ke Paris.

“Terima kasih, tapi bukan sekarang,” Ash dilaporkan memaklumkan perkara itu kepada kerajaan Perancis selepas anugerah awam kedua tertinggi itu menamakan beliau sebagai antara calon yang akan menerima.

Aktor Hollywood, Meryl Streep dan Robert Redford sebelum ini turut menerima anugerah itu, selain Shah Rukh Khan. – Agensi

Berita Harian









© 2010 - LoveNotePress.Com - Powered by WordPress - Designed by XHTML Valid