Archive for the ‘Dick Lee’ Category

Ilusi Cinta Puteri Jawa

February 8, 2009




Oleh ABIE ABDULLAH
abie@hmetro.com.my

Rap
PETIKAN ini satu daripada kalimah cinta luahan Gusti Puteri Retno Dumilah. Demi cinta hati, dia sanggup ‘melucutkan’ gelaran Puteri Keraton dan meninggalkan bumi sendiri. Biar dihalang, tidak seinci pun cintanya terhadap Laksamana Hang Tuah berganjak.

Pengorbanan Puteri mempertahankan cintanya begitu utuh. Sedangkan Hang Tuah, biarpun kasihnya mendalam terhadap Puteri, dia masih terikat dengan kesetiaan sebagai Laksamana kepada Sultan Melaka. Seperti kata Tuah, tubuhnya bagaikan di langit, sedangkan kaki terpasak di bumi.

Tuah sebenarnya gagal membuktikan kesetiaannya kepada Puteri, tertekan di antara cinta dan setia seperti diluahkan menerusi lagu Cinta Atau Setia selepas Sultan Melaka mengisytiharkan peminangan Puteri. Cinta mereka terhalang bukan saja kerana Sultan yang pentingkan nafsu sendiri, malah Tuah yang tiada kendiri.

Cinta menjadi tunjang utama dalam menceritakan pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLM) yang kini memasuki musim ketiga. Kisah cinta terhalang itu bagaimanapun tidak akan hidup di Panggung Sari kalau tidak dipersembahkan dengan elemen kekaguman sebuah pementasan muzikal.

Membuai cinta biasanya lebih terasa dengan iringan lagu dan kekesanan muziknya. Vokal Stephen Rahman Hughes sebagai artis teater muzikal usah dipertikaikan, bersatu dengan melodi ciptaan Dick Lee serta muzik yang diketuai Roslan Aziz, terus membangkitkan sebuah pementasan yang tidak akan dilupakan.

Selaku Puteri, vokal Datin Seri Tiara Jacquelina semakin baik disertakan dengan persembahan lakonannya, menambat simpati audiens terhadap kekecewaan Puteri terhadap kegagalan utopia cintanya.

Seperti dua musim terdahulu, PGLM-3 terus memberi impak kekaguman. Pastinya penambahan dan pengurangan dilakukan untuk melahirkan kelainan di atas naskhah sama. Paling ketara, susunan muzik yang menambah impak sebuah muzikal yang boleh dikatakan setaraf dengan pementasan di London atau New York.

Ensemble juga sudah lain. Wajah baru dengan harmoni vokal berbeza antara kelainan yang cuba ditampilkan dalam PGLM-3 ini. Penyokong utama kepada visual pentas ini mengekal rentak energetik seperti sebelumnya.

Mungkin ramai menunggu ilusi (atau sesetengah menganggap silap mata) dan jangan terlalu berharap seperti persembahan David Blaine atau David Copperfield. Sememangnya anda perlu tunggu kerana ini kali pertama permainan ilusi dicuba dalam teater Melayu.

Puteri tiba-tiba hilang dalam kepungan kain Bayan, tangan Bayan bermain api, Nenek Kebayan ‘bersalin kulit’ Puteri dan Nenek Kebayan yang ada di kiri pentas boleh muncul di sebelah kanan dalam sekelip mata. Itu antaranya, tetapi semua ini dilakukan dengan selamba.

Tidak keterlaluan kerana lebih utama perjalanan cinta agung itu perlu disampaikan kepada penonton. Bukan fokus utama permainan ilusi, tetapi ia cukup menambah elemen kekaguman sebuah pementasan seperti yang pernah dipentaskan menerusi teater Wicked dan Lord of the Rings the Musical di Broadway.

Babak ilusi muncul selari dengan kehendak skrip, bukan diada-adakan sebagai tarikan utama menarik audien ke Istana Budaya. Lebih penting kekesanan yang cuba diterjemahkan ke atas pentas dunia itu.

Mungkin juga tarikan untuk peminat teater menonton Tiara buat kali terakhir sebagai Puteri Gunung Ledang. Seperti diumumkan Tiara baru-baru ini: “Musim ketiga ini sangat besar ertinya kepada saya sendiri kerana ini kali terakhir saya beraksi sebagai Puteri.

“Sudah tentu hati begitu berat sekali, namun saya yakin dengan sokongan berterusan penggemar teater tanah air, PGLM mampu diteruskan 20, 30 atau 50 tahun dari sekarang. Walaupun dengan interpretasi semasa, dengan peredaran zaman, namun ia tetap dengan penuh dengan semangat sama.”

Sesungguhnya naskhah begini tidak harus ditutup terus lantaran pengunduran Tiara sebagai Puteri!

Harian Metro

Sambutan PGLM 111 Luar Dugaan

February 7, 2009

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Rap
MENERBITKAN sekuel drama atau filem adakala tidak menjadi seperti yang diharapkan kerana sudah semestinya penonton mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada hasil sebelumnya. Cabaran besar kepada penerbit, pengarah dan pelakon untuk menghasilkan karya kedua supaya menjadi bertambah gah dan gempak.

Begitulah juga cabaran dipikul Penerbit Eksekutif Muzikal Puteri Gunung Ledang 111 (PGLM 111), Datin Sri Tiara Jacquelina yang mementaskan muzikal itu buat kali ketiga di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).

Selain mengharapkan kehadiran penonton baru, pastinya beliau dan tenaga produksi bertungkus-lumus memastikan pementasan ketiga ini mencipta satu lagi sejarah baru dalam dunia pementasan teater tanah air, mahu penonton ‘lama’ menjengah semula IB.

PGLM 111 mula membuka panggungnya kepada orang ramai kelmarin dan akan berakhir 22 Februari ini. Lalu apa yang sudah dianggap molek dan terbaik sebelum ini perlu diperindah dan diperhebatkan lagi. Tambahan menonton teater belum menjadi budaya masyarakat negara ini yang lebih akrab berkunjung ke pawagam untuk berhibur.

Justeru, untuk pementasan kali ini pengarah muzikalnya, Datuk Zahim Albakri, komposer, Dick Lee, penulis skrip dan lirik, Adlin Aman Ramlie, penulis naskah PGLM, Saw Teong Hin, pengarah muzik, Roslan Aziz dan kreografer, Pat Ibrahim bekerja keras mencari ramuan baru untuk PGLM 111.

Antara elemen baru disisipkan kali ini ialah unsur ilusi di mana Gusti Putri Retno Dumilah (Tiara) hilang di sebalik kain batik panjang pengasuhnya, Bayan. Ilusi lain dipaparkan termasuk helah nenek kebayan yang cuba menghalang Hang Tuah (Stephen Rahman) bertemu Puteri Gunung Ledang.

Penonton juga bagai teruja apabila Hang Tuah dapat merasakan kehadiran kekasihnya, Gusti Putri Retno Dumilah di Gunung Ledang di mana Putri dijelmakan di hadapan penonton berada di puncak gunung itu sedang merindukan si Tuah dengan cara yang cukup berkesan.

Pementasan PGLM 1 dan 11 hanya ada lapan set yang dipergunakan dengan sebaiknya untuk kesesuaian setiap babak. Ketika itu, penonton amat tertarik melihat ‘stupa’ yang kadangkala diubah menjadi gunung dan pada masa lain digambarkan kota pemerintahan kerajaan Majapahit.

Stupa itu memainkan peranan cukup besar kepada pementasan PGLM kerana set itu berjaya mengubah ‘mood’ pentas berdasarkan keperluan setiap babak. Untuk pementasan terbaru, peralatan set ditambah menjadi 20 semestinya menjanjikan sesuatu yang lebih menarik.

Menerusi PGLM 1 dan 11, sewaktu Putri digambarkan belayar ke Melaka, hanya layarnya dipaparkan kepada penonton. Waktu itu pun penonton sudah dapat membayangkan pelayaran yang terpaksa direntasi Putri untuk bertemu sang rajuna hatinya.

Dalam PGLM 111 ini, kapal layar dibawa masuk sekali ke pentas. Babak pelayaran itu dihadirkan lebih dekat kepada penonton. Suasana hutan di Gunung Ledang juga ditampilkan lebih ‘hidup’.

Dengan menggunakan teknik kesan khas, nenek kebayan menghilangkan diri dan muncul semula di tempat lain. Jelmaan nenek kebayan kepada Putri juga dipersembahkan dalam bentuk amat menarik.

Penghasilan pementasan bertaraf mega itu juga tidak boleh menidakkan kepentingan kostum. Pemilihan kostum bertepatan dengan jalan cerita dapat menyuntik kepuasan penonton.

Setiap apa yang ditampilkan dalam pementasan itu mesti dititikberatkan. Tiada cacat celanya. Lantaran itu, pasti Tiara berbesar hati sekali apabila pihak Royal Terengganu Songket sanggup menaja songket yang dipakai Putri, Hang Tuah, penari dan watak pembantu lain untuk babak di Negeri Melaka. Segalanya baru dan serba indah belaka.

Menaikkan lagi semangat muzikal itu, penari juga terdiri daripada orang baru. Ia bertujuan memberi peluang kepada bakat baru untuk merasai sama kehebatan PGLM yang berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap dunia teater.

Ukuran tubuh dan ketinggian penari juga hampir sama semuanya. Susunan muzik yang lebih besar membuatkan penonton dapat merasai suasana tegang di Majapahit apabila kekanda Putri, Gusti Adipati Handaya Ningrat (AC Mizal) marah dengan tingkah adindanya itu.

Dengan keberanian Tiara membawa PGLM ke pentas teater, ia bukan saja mengundang khalayak penggemar teater yang baru malah turut dipuji penonton luar negara.

Memetik sebahagian kata-kata Tiara dalam buku cendera mata PGLM 111, “Tiga tahun lalu teater muzikal hampir tak wujud di negara ini. Mungkin kerana ia belum menjadi sebahagian daripada budaya kita, tidak seperti menonton wayang atau konsert.

“Waktu kami pentaskan PGLM buat kali pertama pada 2006 saya ingat lagi bagaimana kami berhadapan dengan tanggapan skeptikal. Namun kami di Enfiniti nekad dan berpegang kepada impian untuk melahirkan pementasan yang boleh dianggap sehebat dan setaraf di London atau New York, hasil kebolehan anak Malaysia.

“Sejauh ini, lebih 100,000 penonton yang kebanyakannya sebelum ini tidak tergerak menonton teater Malaysia datang menyokong kepada PGLM dan Muzikal P Ramlee. Perjalanan kami memang penuh cabaran dan liku, maklumlah kali pertama menginjakkan kaki ke dunia yang belum pernah diterokai.

“Namun apabila menerima maklum balas dari penonton yang mengatakan mereka teruja melihat tahap pencapaian rakyat Malaysia, itu saja cukup memadai sebagai membayar penat lelah sepanjang perjalanan ini.

“Musim ketiga ini juga sangat besar ertinya kepada saya kerana ini kemungkinan kali terakhir beraksis sebagai Putri. Teater tidak mungkin wujud tanpa cinta dan sokongan anda. Mudah-mudahan teatar akan menjadi sebahagian daripada budaya hidup anak kita supaya mereka akan menjadi penonton yang terus membakar semangat penggiat teater kita untuk esok hari,” katanya.

Impian murni Tiara itu hampir tercapai apabila pementasan PGLM 111 menerima ramai penonton kanak-kanak dan remaja yang rata-rata mengakui itulah kali pertama mereka menonton teater anak tempatan. Dek kerana sambutan di luar dugaan itu juga, tiket PGLM 111 habis ditempah sejak Aidilfitri lalu.

Pun begitu, apa yang diperlakukan manusia jarang sempurna. Walaupun sudah tiga kali dipentaskan masih ada kelemahan teknikal apabila mikrofon Tiara dan AC Mizal gagal berfungsi dengan baik menyebabkan pementasan terhenti hampir 20 minit.

Stephen Rahman pula yang sepatutnya semakin segak dan bergaya membawakan watak Hang Tuah kerana ia adalah pementasan ketiganya, beberapa kali tersasul. Kesilapan sekecil itu tidak sepatutnya berlaku atau barangkali Stephen terlalu yakin diri yang akhirnya membahayakan diri sendiri.

Namun AC dan Adlin Aman Ramli (Sultan Melaka) terus cemerlang dengan watak masing-masing. Aksi Sultan Melaka menari di istana masih mampu menggeletek hati penonton meskipun ada yang sudah tiga kali menontonnya.

Harian Metro

Malls Haven’t Cut Back On Festive Decor Despite Gloomy Economic Outlook

December 13, 2008

SINGAPORE: Singapore’s shopping malls have been decked out in the lead-up to the yuletide splurge.

Christmas finery doesn’t come cheap. On average, decor takes up about 20 per cent of a mall’s total Christmas budget. It may be a tall order for some in these hard times but still essential for others.

Even if it means putting up Singapore’s largest Christmas tree at Singapore’s biggest mall VivoCity.

Chang Yeng Cheong, deputy general manager, VivoCity, said: “We have not cut down our expenses and we have gone on with our plans.”

Joanna Low, general manager, Raffles City Singapore, said: “In terms of Christmas decor we’ve maintained the budget.”

Raffles City appears to have raised the bar on ingenuity. It is deciding against what it calls “run-of-the-mill character shows” and opting instead for an indoor circus act.

Frasers Centrepoint Malls has not increased its Christmas decor budget across its seven properties.

Capitaland Retail’s 15 malls also maintained the same festive decor budget as last year.

Tangs increased its in-store activities to entice shoppers to linger longer.

VivoCity went further with a specially commissioned Dick Lee musical for selected shoppers.

But will these gimmicks loosen purse strings?

Said one man in the street: “The staff and the product is the one that attracts me, not the decor.”

Most malls were tight-lipped about sales figures but seemed happy with the crowds.

Ms Joanna continued: “In terms of ‘foot-fall’, the traffic has actually improved because of the shows that we’ve put up. For November last year and this year, we’ve increased about 5 to 10 per cent.”

Ms Chang added: “In terms of traffic, this year we are up 10 per cent.”

Many retailers have resorted to holding sales as early as a month before Christmas to ensure that there’s something for everyone and for every budget. – CNA/vm/ls

Channel News Asia




© 2010 - LoveNotePress.Com - Powered by WordPress - Designed by XHTML Valid