Archive for the ‘Gwen Stefani’ Category

Amal Kara

April 28, 2009




Susunan Rahayu Mohd Salleh
ayu@nstp.com.my


JATUH bangun dalam industri muzik sudah lumrah bagi Kara DioGuardi, 38, malah kehadirannya sebagai juri keempat rancangan televisyen popular, American Idol, turut mengundang pelbagai persepsi.

JATUH bangun dalam industri muzik sudah lumrah bagi Kara DioGuardi, 38, malah kehadirannya sebagai juri keempat rancangan televisyen popular, American Idol, turut mengundang pelbagai persepsi.

Ada yang menganggap kehadirannya sesuatu yang agak menarik, tetapi tidak kurang yang melemparkan kritikan. Namun segalanya kritikan dan pengalaman hidup lalu dianggap sesuatu yang hanya lebih mematangkan dirinya.

Penggubah lagu yang digabungkan dengan tiga juri veteran lain dalam rancangan American Idol ini, turut menyifatkan kejayaan dikecapinya kini bukanlah hasil dirinya seorang lantas biar sesibuk mana jadual sehariannya, dia cuba meluangkan waktu untuk melakukan sesuatu yang dianggap penting kini.

“Pandangan saya mengenai apa yang menjadi keutamaan kini memang berbeza sejak 10 tahun lalu. Saya ingin melakukan sesuatu untuk masyarakat kerana saya fikir saya seorang yang bernasib baik.

 

 

“Saya bekerja keras selama ini, tetapi pada masa sama, mereka yakin dengan kebolehan dan membantu saya hingga berjaya menempatkan diri pada kedudukan kini. Justeru, saya fikir harus melakukan sesuatu pula untuk membantu golongan yang memerlukan dalam industri ini,” katanya.

Menganggap muzik sebagai terapi, Kara membantu ramai penyanyi popular dalam melonjakkan karier masing-masing, antaranya Faith Hill, Christina Aguilera, Gwen Stefani, Santana, Kelly Clarkson, Jewel dan Carrie Underwood.

Sebagai sebahagian daripada kerja amalnya, beberapa tahun lalu dia membantu menubuhkan studio rakaman untuk kegunaan remaja memerlukan di Phoenix House, Los Angeles. Bukan hanya memperuntukkan sejumlah wang, dia turut meluangkan waktu pada hujung minggu untuk memberi tunjuk ajar diperlukan remaja terbabit.

“Ramai yang berbakat yang ingin saya bantu, tetapi tidak semua dapat saya tolong,” katanya yang turut mengambil peluang memberi bimbingan secara individu peserta yang tersingkir dalam program American Idol itu.

Dia akui bersikap terbuka dengan apa saja pandangan orang lain mengenai hasil kerjanya. Baru-baru ini pula, dia juga agak terbuka mengenai kisah lampau dirinya yang mengalami masalah pemakanan.

“Saya tak pernah bercakap mengenainya, tetapi ketika itu, daripada menangani masalah emosi berkenaan, saya cuba melupakannya dengan makanan,” katanya yang mengakui masalah itu berlaku ketika dia masih muda namun berjaya pulih menerusi rawatan.

Ketika menghadapi masalah pemakanan itu, menurutnya, dia tidak memaksa dirinya untuk lapar atau memuntahkan makanan yang dimakannya.

“Ketika saya mula terbabit dalam bidang muzik dan sedar melakukan perkara yang sangat digemari, saya tidak menghadapi masalah itu lagi,” katanya.

Tekanan berada di kalangan golongan yang popular masih dirasainya terutama berada dalam kelompok American Idol, namun dia juga akui sudah mampu mengatasi keadaan sedemikian.

“Saya menjadikannya satu komitmen dalam hidup untuk berhadapan rasa bimbang dan jika takutkan sesuatu, saya pastikan akan melakukannya,” katanya.

Harian Metro

Kata XX: Lima Album Muzik Yang Paling Disukai Dan Mempunyai Makna Tersendiri Bagi Yuna

April 18, 2009

Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my


Yuna

Lima album muzik yang paling disukai dan mempunyai makna tersendiri bagi penyanyi berbakat, Yunalis Zarai (Yuna).

1) Album trio adik-beradik, KRU, berjudul reKRUed adalah kaset pertama yang saya beli sendiri. Kalau tak silap ketika itu tahun 1993 dan saya berusia tujuh tahun. Kumpulan KRU sangat popular ketika itu dan kebanyakan sepupu mempunyai album berkenaan jadi saya juga mahu memilikinya juga lalu saya kumpul wang dan terus membelinya. Semua lagu yang terkandung dalam album berkenaan begitu bagus dari segi lirik serta melodinya, lebih-lebih lagi lagu Mengerti dan Janji Tinggal Janji. Sampai sekarang pun tidak jemu mendengarnya.

2) Album dari kumpulan Coldplay, Parachute juga antara yang paling memberi kesan kepada diri saya. Lagu berjudul Yellow antara yang hit dari album ini. Pertama kali mendengar keseluruhan album Parachute, saya terus terfikir yang saya ingin bawakan muzik rock yang menenangkan (soothing rock) seperti yang Coldplay bawa jika ingin menghasilkan album sendiri nanti.

3) Kelainan kumpulan No Doubt yang menampilkan wanita sebagai vokalis utamanya iaitu Gwen Stefani berjaya menarik minat saya untuk mendapatkan album ketiga mereka, Tragic Kingdom ketika di darjah tiga atau empat. Saya mula minat dengan lagu rock menerusi album ini dan pada saya, kumpulan ini begitu asli dalam berkarya dan genre ska dan punk yang mereka tampilkan mampu menarik perhatian ramai, termasuklah budak seusia saya yang masih bersekolah rendah.

4) Perkara pertama yang membuatkan saya kagum dengan penyanyi Alanis Morissette adalah kehebatan beliau menyanyi dan menggubah muziknya sendiri selain memiliki suara yang sangat unik. Beliau mempunyai cara yang tersendiri dan selalu menjadi inspirasi saya. Album Morissette yang menjadi pilihan saya pula adalah Jagged Little Pill.

5) Satu lagi album daripada penyanyi wanita yang saya minati, iaitu Lauryn Hill. Album Miseducation of Lauryn Hill menjadi album berentak hip hop dan RnB yang saya beli ketika di bangku sekolah. Hill bukan saja boleh menyanyi, beliau juga handal dalam rap. Tidak hairanlah album ini memenangi gelaran Album of The Year dalam Anugerah Grammy 1999. Setiap hari saya akan mainkan album ini, kalau tidak di rumah, dalam kereta pun saya pasti mainkan.

Berita Harian

Enggan Berpisah Dengan Anak

March 25, 2009


ANTARA gambar terbaru Gwen bersama anaknya, Zuma yang sentiasa dibawa bersama.

NAMPAK sahaja gayanya yang santai apabila membuat persembahan di atas pentas, namun hakikatnya penyanyi terkenal, Gwen Stefani sering risau serta tidak keruan.

Bukan kerana masih gementar membuat persembahan, sebaliknya Gwen cukup risau kerana dia harus berpisah dengan anak-anaknya apabila mengadakan konsert jelajah yang memakan masa panjang dan jauh daripada tempat tinggalnya.

Penyanyi berusia 39 tahun itu mempunyai dua orang cahaya mata, Kingston yang berusia dua tahun dan Zuma, enam bulan, hasil perkahwinannya dengan Gavin Rossdale.

“Saya dan suami sering berjauhan kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja, namun kalau berpisah dengan anak-anak saya apatah lagi dengan Kingston, maka saya akan rasa cukup perit.

“Hidup saya jadi tidak menentu kalau tidak melihat anak-anak di depan mata,” jawabnya berterus-terang.

Gwen mulai sibuk selepas ini dengan konsert jelajah bersama kumpulannya No Doubt, yang akan diadakan secara besar-besaran pada tahun ini.

“Barangkali Kingston merasakan ketiadaan saya menyeronokkan kerana dia dapat hidup dengan bebas tanpa mendengar bebelan saya.

“Jika Kingston gembira, sebaliknya saya dan Gavin pula yang akan terseksa kerana terpaksa berpisah dengannya selama beberapa hari. Memang boleh jadi gila dibuatnya.

“Saya pernah bawa Kingston dalam konsert jelajah Sweet Escape dan kami cukup gembira dapat bersama-sama,” jelasnya lagi.

Kosmo




© 2010 - LoveNotePress.Com - Powered by WordPress - Designed by XHTML Valid