LoveNotePress.Com » Intan Sarafina
Betty Benafe Masih Solo
BETTY mahu beri tumpuan
kepada kerjaya lakonan tahun ini.
LAMA wanita berwajah Arab-Melayu-Jawa ini tidak muncul di kaca televisyen, lalu pelbagai spekulasi mengenai kehilangannya diperkatakan. Ada mengatakan kehilangan Betty Banafe kerana mahu menyorokkan perkahwinannya dengan seorang berstatus VIP daripada dihidu media dan peminat.
Bertemu dengan wanita itu ketika pelancaran drama terbaru lakonannya berjudul Yusuff baru-baru ini, soalan mengenai kisah kahwinnya tidak lupa diajukan.
Air muka wanita berasal dari Johor Bahru ini sedikit berubah tatkala soalan itu diajukan kepadanya. Entah apa yang bermain di fikirannya ketika itu, seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu.
Agak lama Betty mengambil masa menjawab soalan diajukan. Barang kali sudah puas memikir, sebutir demi sebutir penjelasan diberikan pemegang watak Zahila iaitu ibu tiri kepada Yusuff yang dipegang Ashraf Muslim ini.
Pelakon yang turut membintangi drama bersiri Yusuff ialah Intan Sarafina dan Zarynn Min.
“Saya belum berkahwin lagi. Untuk apa saya menyorokkan status jika benar-benar sudah berkahwin kerana perkara itu hanya akan menyusahkan saya kelak, terutamanya jika satu hari nanti ditakdirkan saya mengandung.
“Tapi saya mengaku memang sedang berkawan dengan seseorang dan kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Saya mempunyai ramai kawan tetapi sehingga kini masih belum bertemu insan yang sesuai untuk dijadikan teman hidup,” jelasnya.
Selain menafikan berita perkahwinannya, wanita itu juga menafikan sekeras-kerasnya suami orang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai calon suami. Dia tidak menafikan kebanyakan lelaki yang rapat dengannya rata-rata sudah beristeri, namun tidak sesekali mahu menjadi peruntuh rumah tangga orang.
Betty tahu, andai dia melakukan sedemikian tidak mustahil satu hari nanti rumah tangganya juga ditimpa nasib serupa.
“Dari dulu saya tanamkan dalam hati tidak mahu mengambil suami orang. Memang kebanyakan lelaki yang saya kenali adalah suami orang, kita tidak tahu takdir dan jodoh tetapi seboleh mungkin saya akan cuba tidak mendekatkan diri dengan perkara itu.
“Saya tidak mengimpikan lelaki yang kaya dan berkedudukan, cukup jika dia mempunyai jati diri yang tinggi dan mempunyai kehidupan yang stabil. Wang tidak akan menjamin kebahagiaan seseorang, bagi saya wang boleh dicari tetapi yang penting adalah hati budi,” kata wanita itu yang kini sibuk menyiapkan album keduanya.
Konsepnya kata Betty sedikit berbeza daripada album pertamanya berjudul Ibtisam yang berada di pasaran pada 2006. Namun dia masih lagi mengekalkan elemen samrah dan Jawa yang mempunyai kaitan dengan dirinya.
Walaupun tahun ini dia mahu menumpukan pada dunia lakonan, tetapi pada masa yang sama Betty sedang menyiapkan single dan album mini yang bakal memuatkan empat buah lagu.
“Saya suka perkara yang pernah saya buat dan ada kaitan dengan diri saya. InsyaAllah saya akan cuba siapkan album mini tahun ini juga walaupun tahun ini sebenarnya saya mahu menumpukan perhatian pada karier lakonan.
“Selain itu, masa juga terpaksa dibahagikan dengan ibu kerana dia kini sedang terlantar sakit akibat ketumbuhan. Saya pun baru saja mengambil ibu di Jakarta kerana lebih senang jika ibu ada di depan mata berbanding jika dia berada jauh daripada kami adik-beradik,” kata selebriti yang cukup berahsia soal umur ini.
Tunggu Surat Rasmi
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
Selepas enam tahun bersama KRU Studios, kini mahu tampil dengan identiti baru, lebih segar
SELEPAS kira-kira enam tahun bernaung di bawah label KRU Studios, Ezlynn akhirnya mengucapkan selamat tinggal pada syarikat rakaman yang banyak membantu mengangkat namanya sebaris penyanyi terkenal lain di negara ini.
Bermula dengan lagu Hi Hi Bye Bye dan berakhir dengan Jikalau Aku, lebih setahun yang lalu, KRU memperkenalkan Ezlynn sehingga dia mengukir nama sebagai penyanyi yang mempunyai identiti dan kemampuan tersendiri.
Pada Mei ini, secara rasmi Ezlynn bebas daripada syarikat milik tiga adik beradik, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim itu. Ketika artikel ini ditulis, dia sedang menunggu surat hitam putih untuk mengesahkan perpisahannya dengan jenama KRU.
Pada masa sama, dia sibuk memikirkan pelbagai rancangan untuk memastikan kesinambungan kerjaya dalam dunia seni muzik berterusan. Antaranya, penyanyi ini berbelah bagi antara penghasilan album atas perbelanjaan sendiri atau menerima tawaran daripada sebuah syarikat rakaman lain, yang sudah pun mengintai-intai peluang meminang dirinya.
“Jika diberi peluang menghasilkan album sendiri, iaitu menerusi syarikat saya Ezlynn Entertainment, sudah tentu pemilihan lagu dan konsep album dilakukan sendiri oleh saya.
“Saya mahu idea saya diberikan tempat sewajarnya. Begitu juga saya terfikir untuk menukar imej sempena episod baru dalam karier,”ῠkata wanita berusia 27 tahun ini.
Tidak mahu muncul dengan album penuh, Ezlynn lebih selesa seandainya single demi single diterbitkan terlebih dulu. Daripada himpunan single berkenaan, barulah sebuah album akan dikeluarkan apabila tiba waktu bersesuaian.
“Saya mungkin menerbitkannya dengan kemudahan muat turun atau sebagai lagu nada dering, sesuai dengan minat penggemar muzik ketika ini,” katanya yang cuba mengelak daripada merakamkan lagu berbentuk rock tegar, sebaliknya menginginkan bentuk muzik bersifat ringan, indie serta catchy.
Katanya, jika seseorang penyanyi mahu memikat khalayak yang lebih ramai, muzik yang bersifat massa haruslah dihasilkan.
Terima lamaran kumpulan indie
MENYAMBUNG cerita, penyanyi yang turut bergelar pelakon dan pengacara ini berkata, baru-baru ini dia menerima lamaran daripada sebuah kumpulan indie, Sorganina, untuk berduet bersama mereka menerusi lagu yang dihasilkan sendiri anggota kumpulan terbabit.
Menurutnya, kumpulan berkenaan berasakan, suaranya mempunyai keserasian dengan konsep lagu yang mereka ilhamkan.
“Sebagai penyanyi, saya tidak keberatan bekerja dengan penyanyi atau kumpulan baru. Saya harus memberikan sokongan kepada mereka, sebagaimana penyanyi lebih senior membantu pembabitan saya dalam dunia seni satu ketika dulu.
“Apabila kita memberikan kerjasama kepada penyanyi baru, ia seumpama balasan kita terhadap apa yang dianugerahkan kepada kita selama ini. Lagipun, tujuan kita semua hanya satu, untuk sama-sama meningkatkan industri muzik. Seandainya mereka berjaya, kita juga turut tumpang berbangga dengan pencapaian itu,” katanya.
Menyentuh kelangsungan kariernya tatkala kegawatan ekonomi melanda, Ezlynn mendedahkan, dia tetap bernafas biarpun dalam suasana kurang memberangsangkan ketika ini, berikutan kepelbagaian bakat yang ditawarkan olehnya kepada pihak penganjur. Begitu juga dia mempunyai budi bicara apabila mereka mahukan kepastian soal harga.
Di samping menyanyi, Ezlynn tidak kekok untuk mengendalikan majlis. Justeru, dia selalunya menghulurkan khidmat berbentuk pakej – nyanyian dan pengacaraan sekali gus. Begitu juga Ezlynn mampu mengendalikan pelbagai permainan sewaktu persembahan, serta berkeupayaan menyampaikan lagu dalam pelbagai bahasa, yang membolehkannya terus mendapat undangan daripada pelbagai syarikat korporat dan sebagainya.
Muncul dalam Suara Hati di Astro Prima malam ini
MINGGU lalu, penyanyi ini diperkenalkan Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai pengacara baru yang akan sama-sama memeriahkan program hiburan popular, Muzik Muzik.
Hakikatnya, rancangan berkenaan bukanlah asing bagi Ezlynn kerana dia pernah beberapa kali menggantikan Cheryl apabila pengacara itu tidak dapat menunaikan tanggung jawabnya, ketika dia masih mengendalikan Muzik Muzik secara berseorangan. Beberapa tahun lalu pula, Ezlynn muncul antara pengacara bersama program Anugerah Juara Lagu.
“Sudah tentu saya menerimanya kerana Muzik Muzik ialah antara program paling diminati di negara ini. Saya sendiri, sejak dari kecil lagi memang setia menonton rancangan Muzik Muzik. Tidak disangka, hari ini, saya menjadi sebahagian daripada keluarga program itu pula,” katanya yang mengaku mempunyai keserasian bersama dua pengacara asalnya, Cheryl dan Faizal.
Begitupun, katanya, sudah tentulah mereka duduk berbincang sebelum sesuatu episod dirakam, bagi mengelakkan pertindihan pengucapan atau perebutan berbicara sewaktu mengendalikannya. Maklum saja, kata penyanyi ini, masing-masing adalah pengacara yang boleh digelar ‘bermulut bertih’.
Ditanya mengenai pembabitannya dalam dunia lakonan, Ezlynn berpesan, peminat boleh menonton lakonannya menerusi drama bersiri Suara Hati, yang menemui orang ramai setiap Isnin, jam 10 malam di saluran Astro Prima. Dalam siri berkenaan, dia berlakon di samping Intan Sarafina dan Zamarul Hisham.
“Ada juga beberapa tawaran berlakon filem yang tiba ke riba, tetapi jadual penggambaran pula tidak mengizinkan saya menerimanya. Mungkin jika ada tawaran yang bersesuaian pada masa depan, kena pula dengan masanya, saya pasti menimbangkan undangan berkenaan,” katanya.
EZLYNNNama: Azline AriffinTarikh Lahir: 27 September 1981 Asal: Ulu Kinta, PerakProfesion: Penyanyi, Pelakon, PengacaraAlbum: Ehmm…. (2003), Pssst… (2004)Filem: Diva Popular, Bilut, Zombie Kampung PisangDrama: Suara HatiProgram TV: Mentor, Muzik MuzikDuta: Produk kecantikan Shurah.
Asmara Cabar Intan Sarafina
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my
Intan Sarafina
Ubah haluan kepada bidang lakonan untuk teruskan kerjaya dalam bidang seni
BUKAN impiannya untuk bergelar pelakon tetapi rezeki yang datang tidak mampu ditepis. Kebetulan pula Intan Sarafina juga perlukan sandaran baru untuk meneruskan kesinambungannya sebagai insan seni.
Barangkali apa yang dilakukannya ini cuma satu percubaan. Tetapi katanya, tidak mustahil dia akan terus berlakon jika percubaan itu menerima maklum balas positif khalayak.
Memegang peranan sebagai Asmara dalam drama bersiri 26 episod, Suara Hati siaran Astro Prima bermula 16 Mac ini, Intan berkata, dia berlakon untuk mencabar dirinya.
Akuinya lagi, selepas muncul dalam filem Janji Diana pada 2001, pintu hatinya bagaikan tidak terbuka lagi untuk kembali berlakon.
Apatah lagi ketika itu, namanya sedang memuncak sebagai penyanyi membuatkan anak kelahiran Stulang Darat, Johor Bahru ini tidak terlintas untuk memberikan kepelbagaian kepada kerjaya seninya.
“Saya terlalu sibuk ketika itu dan bimbang tidak mampu memberikan komitmen, saya terpaksa menolak beberapa tawaran. Tidak benar jika ada berpendapat saya berkecil hati dengan teguran atau kritikan. Semua itu perkara biasa.
“Saya tidak pernah ambil hati biarpun dikritik teruk. Cuma waktu itu, nyanyian menjadi keutamaan membuatkan saya tidak terfikir untuk berlakon,” kata Intan menjelaskan alasan utama mengapa dia mengambil masa lama sebelum kembali berlakon.
Bagaimanapun, kata Intan, selepas menyertai pertandingan realiti, One In A Million, dia mula terfikir untuk mencari keseronokan baru.
Kebetulan tawaran berlakon datang dan melihat watak yang diberikan tidak terlalu berat iaitu sebagai penyanyi, Intan bersedia menerimanya.
Tambahan pula karektor Asmara dalam drama yang turut membariskan pelakon seperti Ezlynn, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Amyza Aznan dan Riezman Khuzaimi mempunyai sedikit persamaan dengan dirinya, Intan tergerak untuk mencuba.
Ternyata tuntutan watak Asmara jauh daripada jangkauan, membuatkan dirinya tercabar terutama apabila sebahagian besar adegan memerlukan dia menangis.
“Permulaan memang susah untuk menangis. Saya ambil masa untuk menghayatinya. Apabila sudah sebati dan mula merasai keselesaan di lokasi, saya semakin seronok menjadi pelakon. Tetapi, saya tidak mahu tergopoh-gopoh menerima tawaran baru.
“Saya mahu mendengar reaksi dan maklum balas penonton terlebih dulu sebelum bersedia untuk penggambaran drama lain,” kata Intan yang turut beraksi dalam drama bersiri Yusoff untuk slot Samarinda, siaran TV3.
Turut diberikan peluang merakamkan tiga lagu baru termasuk Bakawali dan Suara Hati, penyanyi berusia 28 tahun itu melihat percubaan itu sebagai platform untuk dirinya melangkah ke era baru.
Apatah lagi, suaminya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli tidak pernah menghalang isteri yang dinikahi pada 17 Oktober 2008 ini daripada meneruskan minat dalam bidang seni.
“Sementara belum hamil dan dikurniakan, baik saya lakukan sesuatu. Lagipun jika saya sendirian di rumah akan menimbulkan rasa bosan, jadi saya isi masa terluang itu dengan berlakon,” katanya.
Akui Intan, ketika menerima skrip dia agak tercabar malah tersimpan sedikit perasaan gusar jika gagal memberikan persembahan terbaik.
Bagaimanapun, perasaan gugup dan tidak selesa itu berlalu apabila semua tenaga kerja termasuk pengarah bersedia membantunya.
“Tanpa tunjuk ajar mereka saya tidak mungkin mampu membawakan watak Asmara dengan baik. Barangkali disebabkan minat juga membuatkan saya cepat serasi di lokasi biarpun lakonan adalah satu cabang baru dalam hidup saya,” katanya.
SINOPSIS: Suara Hati
ASMARA yang sedang bergelut dengan kariernya jatuh cinta dan mendirikan rumah tangga dengan Aman tanpa mengetahui lelaki itu sudah beristeri. Selepas rahsia perkahwinan mereka diketahui, Asmara yang hamil menghilangkan diri. Asmara melahirkan Putra yang membesar dengan penuh tanda tanya. Demi kebahagiaan anaknya, Asmara merelakan Putra bertemu bapa kandungnya. Asmara bagaimanapun, enggan bertemu mereka semula jika tiada sebarang persetujuan diikat. Apabila kerinduan terhadap ibunya mula terasa, Asmara melarikan diri. Kekalutan itu mencipta satu insiden besar apabila Putra dilanggar bapanya sendiri.
Suara Hati disiarkan setiap Isnin, bermula 16 Mac di Astro Prima, jam 10 malam.
Another Fame Quest Begins
Ahmad Izham says OIAM3 will begin at the year’s end.
Expect more drama when the latest season of popular reality talent show One in a Million (Season 3) begins its nationwide auditions soon. DENNIS CHUA writes.
Ayu Damit’s album will be out soon.
Marion (right) and Awal remain OIAM hosts.
8TV’S star attraction One In A Million (OIAM) is set to find a new star in the mould of Suki Low and Ayu Damit at the year’s end.
The popular reality talent show which began in 2006 will open its doors to nationwide auditions on Nov 15 in Kota Kinabalu and Kuching, before moving to Johor Baru and George Town on Nov 22 and Kuala Lumpur on Nov 29.
The Short Messaging Service-based (SMS) contest, which found its first winner in Seremban lass Suki, and its second in Kota Kinabalu-born Ayu, is out to find yet another talent worthy of its RM1 million reward.
OIAM Season 3 or OIAM3 introduces a brand new tagline “Find Your Own Voice”, a revamped logo in shining silver and gold, and a more personal view of the participants behind the scenes, complete with occasional “drama” and “breaking news”.
The television station’s chief executive officer, Ahmad Izham Omar, said: “While OIAM3 stays true to the basic formula that made OIAM1 and OIAM2 a great success, viewers should be prepared for more drama, conflicts and a whole lot of great singing this time round.
“And as in previous seasons, fans will be introduced to brand new talents. On top of that, viewers may expect to see some renowned artistes sharing the stage with all the other contestants.”
Sarawakian pop princess Dayang Nurfaizah Awang Dowty made it to the Top 5 in OIAM1 while newly-wed Intan Sarafina, award-winning Siti Sarah Raisuddin and Shila Amir Amzah were among the final 12 in OIAM2.
Ahmad Izham said: “Over the last two seasons, the innovative show has managed to captivate the attention of viewers and critics alike with its attractive yet original concept.
“It is the only show where one can vote for or oust a contestant.”
Producer, songwriter and arranger Paul Moss and classical and pop singer-cum-music educationist Syafinaz Selamat will once again be the show’s resident judges.
Television personalities Awal Ashaari of Impak Maksima and Diva fame and Marion Caunter of 8TV Quickie fame return as co-hosts.
Moss said: “There will be tougher judging and higher expectations in the new season. We seek new talents who are passionate about making it to the top.”
He said what was important was for the new contestants to have “musical intelligence” and “the extra something” that fans love.
“Our production crew will be at every audition session to ensure that only those who meet the competition’s requirements qualify for the main session in Kuala Lumpur, where the judges will determine the lucky Top 80,” said Ahmad Izham.
“We are not just looking for a winner but the next big star in Malaysian music.”
The age limit for contestants is now from 16 to 32. The last two sessions were from 19 to 30.
Auditions will take place from 9am to 3pm at the Imperial International Hotel, Kota Kinabalu and Merdeka Palace Hotel, Kuching on Nov 15, followed by The Puteri Pacific Hotel, Johor Baru and Sunway Hotel, George Town on Nov 22.
Kuala Lumpur’s Berjaya Times Square will host the auditions on Nov 29 and 30, when the main judging takes place. Established artistes will audition on Dec 1 at the same venue.
8TV will have several roadshows to coincide with the new season of OIAM. They will be held at City Square in Johor Baru on Nov 8, Prangin Mall in George Town on Nov 9 and Berjaya Times Square on Nov 15.
Previous season contestants such as Ayu, Suki, Mark Lorin, Alif Satar, Tengku Tiara Yasmin Sofia Tengku Hassan and Ezuan Sulaini will entertain the crowd.
Ahmad Izham said: “We are likely to know the Top 12 after the new year. The OIAM3 Diary will be screened thrice a week.”
On the previous season’s artistes, he said Ayu is in the midst of recording her debut album while Suki has already come up with one and is currently riding high with the hit single Siapa Aku (This Is Me) for the film Camp Rock’s Asian edition soundtrack.
OIAM1 runner-up Faizal Tahir bagged three awards in Anugerah Industri Muzik (AIM) 2008 and has also hosted two seasons of pan-Asean talent search Gang Starz, while OIAM2 runner-up Shila won the Penang Shanghai World Star Quest regional singing contest.
The contest’s results are purely determined by viewers who vote by sending text messages (SMS). Viewers can either “vote in” or “vote out” the contestants of their choice.
The contestant with the highest number of “vote ins” for the week will be immune to elimination.
“OIAM has not just proven to be a signature programme for 8TV but also one that has captured the talent and imagination of mainstream audience with its bold, creative format and talented participants,” Ahmad Izham said.
Dari Sombong Jadi Serius
Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my
HATI tahu apa yang diidamkan. Hati juga tahu apa diimpikan bagi setiap pasangan yang asyik dilamun cinta. Saat itu, hati mula menunggu segala mimpi bakal menjadi kenyataan disaksikan sinaran bulan dan bintang.
Perasaan mula berbunga mekar setelah percintaan singkat yang terjalin serius pada Mac lalu akhirnya telah terjawab dan kemudiannya ‘ditanda’ menerusi majlis pertunangan pada 31 Ogos lalu, sebelum hati kemudiannya bersatu untuk sama-sama ke jinjang pelamin.
Begitulah romantisnya akhiran perjalanan cinta penyanyi yang memiliki seraut wajah manis, Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, 27, atau lebih dikenali sebagai Intan Sarafina dan suaminya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli, 32.
Intan secara rasminya bergelar isteri usai majlis akad nikah dengan sekali lafaz oleh jejaka tampan pilihannya itu.
Disaksikan keluarga terdekat dan teman kedua-dua pasangan, majlis pada malam Jumaat lalu berjalan lancar di kediaman pengantin perempuan di Villa Laman Tasik, Bandar Seri Permaisuri, lokasi yang sama menyaksikan persandingan kedua-dua mempelai pada keesokan harinya.
RAKAMAN kenangan bersama ahli keluarga pada hari kebesaran mereka, Intan dan Iskandar kini bersedia mengharungi bahtera rumah tangga.
Pada majlis akad nikah tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 berserta wang hantaran berjumlah RM15,000. Turut mengiringi, sembilan dulang barangan hantaran berupa keperluan peribadi, manisan dan buah-buahan berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.
Tampak anggun dan bergaya raja sehari, mengenakan busana rekaan pereka terkenal, Man Kajang dan sentuhan rias pada wajahnya oleh jurusolek Zulfazli, sungguh sederhana tetapi meriah, Intan menyifatkan perkahwinannya itu sebagai satu rahmat dan kini tanggungjawabnya juga lebih besar setelah sah bergelar isteri kepada suami tersayang.
Jika dulunya, Intan hanya mementingkan karier dan keluarga tetapi segalanya kini telah berubah.
USAI majlis akad nikah disempurnakan dengan majlis menyarungkan cincin tanda Intan sah menjadi isteri Iskandar.
Selepas merentasi gerbang perkahwinan, Intan sebaliknya harus bijak mengatur segala langkah, apatah lagi dalam menjaga keperluan harian suami baik dari segi makan dan minum mahupun pakaian.
“Semuanya telah selesai dengan mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga, itu yang paling penting. Bermula hari ini keutamaan saya diberikan kepada suami,” ungkap Intan yang berharap mahligai yang baru terbina itu berkekalan hingga ke akhir hayat.
Saling serasi dan selesa
Sebelum melangsungkan perkahwinan, Intan yang pernah menyertai program realiti One In A Million (OIAM) menjadi bahan berita hangat dengan dengan kisah penyebaran gambar-gambarnya bergandingan mesra dengan seorang jejaka yang kini bergelar suaminya itu.
INTAN bersama barangan hantaran pada majlis akad nikahnya.
Penyanyi manis bermata kuyu itu mengakui mengenali suaminya itu melalui teman-teman dan menyenangi dengan sikap lelaki tersebut bukan sahaja kerana orangnya yang baik hati tetapi juga kerana dia seorang yang amat memahami.
“Berkawan dengannya menyenangkan. Kami serasi dan saya selesa dengannya,” luahnya.
Selepas bergelar isteri, kerjaya seni yang diterokainya tidak pernah dihalang oleh suami sebaliknya dirinya diberi semangat untuk meneruskannya.
Namun, Intan dinasihatkan tidak cuba leka malah harus pandai membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga.
Berkesempatan bertemu lebih dekat dengan sang arjuna Intan, terus ditebak persoalan mengenai apakah ciri-ciri yang membuatkan dirinya terpikat untuk memilih Intan sebagai teman hidup selama-lamanya.
Iskandar tersenyum lantas memberitahu, pertama kali menatap wajah ayu Intan hatinya terus terbuka untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan serius.
PADA majlis akad nikah, seri pasangan pengantin dinaikkan lagi dengan sejambak bunga ros berwarna merah dalam gengaman Intan.
Menurutnya, perwatakan Intan juga cukup menyenangkan ditambah dengan kelembutan tingkah lakunya yang begitu semula jadi.
“Pada awalnya saya tidak tahu Intan seorang penyanyi dan waktu saya mula ingin mengenalinya juga Intan agak sombong. Tetapi lama kelamaan persahabatan kami menjadi lebih serius.
“Saya begitu tertarik dengan kelembutan yang ada pada diri Intan, selain baik budi bicaranya dan kecantikannya.
Lagipun, keluarga saya juga selesa dengan Intan, jadi kami bincang untuk elok sahaja kami berkahwin,” jelasnya yang merupakan seorang kaki tangan bank.
Bulan madu di Bali
Selesai sahaja majlis persandingan sebelah pihak perempuan, menjelang Januari depan pula, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara bakal dijadikan lokasi majlis resepsi pihak pengantin lelaki. Memilih tarikh yang agak jauh dengan majlis persandingan sebelah perempuan, Iskandar menjelaskan ia disebabkan beberapa faktor.
“Kami bukan sengaja menjarakkan terlalu lama tempoh majlis persandingan pihak perempuan dan lelaki, tetapi memandangkan saudara saya turut mendirikan rumah tangga, jadi kami ikut giliran supaya semua saudara dapat meluangkan masa pada hari kebesaran kami ini,” ujarnya sambil mengukir senyuman.
ATAS: Pasangan mempelai sedang melayan tetamu yang hadir pada majlis persandingan mereka.
Sudah menjadi kemestian bagi setiap pasangan pengantin untuk memilih destinasi berbulan madu mereka. Bagaimanapun, pasangan ini lebih senang bercadang untuk menghabiskan masa bersama ke pulau peranginan terkenal, Bali sebagai destinasi bulan madu mereka.
Masih aktif berlakon
Dalam pada itu, Intan mengakui fasa baru dalam kehidupannya sudah bermula dan memberitahu dia bakal berpindah untuk tinggal bersama suaminya itu di Bandar Sunway.
Hasrat Intan juga cukup besar yang ternyata telah bersedia untuk menerima cahayamata dan dia mengimpikan mahu memiliki seramai empat orang anak bagi melengkapkan rumah tangga yang dibinanya bersama Iskandar itu.
“Setelah mengambil keputusan untuk berkahwin diri saya perlu bersedia dalam segala hal, baik dari segi anak. Saya bersedia pada bila-bila masa sahaja kerana ia merupakan rezeki dan memeriahkan kehidupan kami,” tutur Intan.
Biarpun aktiviti seninya agak perlahan, Intan menegaskan dia sebenarnya dia masih lagi aktif, khususnya dalam dunia lakonan.
Terbaru, Intan bakal berlakon memegang watak seorang penyanyi kelab malam bernama Asmara menerusi sebuah drama yang belum berjudul.
“Watak dalam drama ini memerlukan saya sentiasa dalam kesedihan kerana sentiasa ditindas dan dibuli,” ujarnya sebagai penutup bicara.
Intan Sarafina Diijab Kabul Kahwin
Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my
INTAN SARAFINA di sisi suaminya, Iskandar Ezzahuddin selepas majlis pernikahan mereka semalam.
KUALA LUMPUR – Penyanyi Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, 27, selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Iskandar Ezzahuddin Dr. Ahmad Zulkifli, 32, di kediaman keluarganya Villa Laman Tasik Bandar Seri Permaisuri di sini semalam.
Pasangan pengantin yang mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu kelihatan secocok dan anggun memakai baju berwarna putih ketika upacara akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah dan Rujuk Masjid Saidina Othman Bandar Tun Razak, Mohamad Afandi Che Harun.
Dengan sekali lafaz, Iskandar Ezzahuddin sah menjadi suami kepada Intan Sarafina yang turut menerima mas kahwin RM80 beserta wang hantaran sejumlah RM15,000.
Rombongan lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang digubah cukup menarik dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.
Intan dan suaminya memilih untuk melangsungkan akad nikah dengan hanya disaksikan oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat sahaja.
Sejurus selesai majlis akad nikah yang dinanti-nantikan oleh pasangan pengantin dan semua tetamu, Intan mengakui terharu dan gembira dengan kelancaran majlis pernikahannya serba sederhana itu sambil menyatakan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.
Intan Sarafina Tidak Lagi Berahsia
Oleh NIEZAM ABDULLAH
Foto ZAKARIA IDRIS
Solekan SUE HAMID (019-2742947)
Dandanan ALLAN MANHURI (017-2687898)
Pakaian HAZREE WAHID (012-2542894)
Seingat saya kali terakhir berita mengenai Intan Sarafina yang membuatkan kecoh satu Malaya apabila dia dikatakan menikam perutnya selepas insiden pergaduhan dengan teman lelaki.
Peristiwa yang berlaku awal tahun 2007 itu membuatkan nama Intan yang dah dianggap suam-suam kuku itu kembali menjadi panas.
Yalah, dah kisah mengenainya tidak disiarkan akhbar atau majalah selepas kontraknya dengan Warner Music tamat, ramai yang menyangka cerita sensasi itu memang terjadi kepada Intan.
Tetapi Intan Sarafina yang dimaksudkan itu bukanlah Intan yang ini. Intan lain rupa-rupanya.
Bukan sahaja kisah itu Intan juga pernah dikatakan tidak berdisiplin sehingga dia ditamatkan kontrak sebagai pramugari dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.
Itu hanya kata orang, tapi bagi Intan, dia ada alasannya sendiri kenapa mengambil keputusan meninggalkan kerjaya itu selepas beberapa bulan bekerja.
Dan hari ini kembali panasnya cerita wanita bernama Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya ini apabila gambar-gambarnya dengan seorang lelaki tersebar di Internet.
Gambar percutian mesra mereka itu dirakamkan di sebuah lautan indah di Phuket, Thailand yang memberi macam-macam tafsiran negatif mereka yang melihatnya.
Menjawab persoalan itu dan kisah cintanya dengan lelaki bernama Iskandar tersebut, saya mengambil ruang mengaturkan sesi fotografi bersama Intan selepas sekian lama tidak berjumpa.
”Kekok sikit sebab lama tak buat fotografi,” kata Intan.
Pada mulanya Intan dipakaikan gaun pengantin moden rekaan Hazree Wahid tetapi sayang sekali Intan terpaksa menolak untuk memakai pakaian itu kerana tidak mahu dilihat terlalu seksi walaupun ia hanya menampakkan sedikit bahagian dada.
Bukan cerewet tetapi disebabkan sudah memikirkan haluan untuk menjadi isteri orang tidak lama lagi, jalan terbaik menolak memakai pakaian itu semata-mata menjaga hati pihak-pihak tertentu.
”Intan tak kisah nak pakai baju macam mana sekali pun tapi bila dah nak kahwin ni, Intan kenalah hormati perasaan orang lain yang tak mahu tengok Intan seksi,” katanya.
Lama tidak berborak dengan Intan, salah satu tujuannya menerima pelawaan fotografi ini adalah untuk menjelaskan sesuatu agar orang di luar sana tidak terus berteka teki mengenai status dan juga perhubungannya sekarang.
Ternyata, ketika menjengah usia 27 tahun, dia sudah merasakan perasaan gembira selepas bertemu dengan insan yang boleh diangkat menjadi suami.
l	 Jawab isu gambar
Tidak mahu sorok apa-apa, Intan berharap fotografi ini akan melenyapkan cakap-cakap orang dan pelbagai tohmahan yang mungkin buruk dilemparkan kepadanya selama ini.
Tercetusnya isu apabila percutian Intan dengan jejaka berusia 32 tahun itu di Phuket yang seolah-olah memperlihatkan mereka melakukan perbuatan kurang sopan.
Yalah, kononnya mereka bercuti berdua. Kalau sudah berada di luar negara, tentu sahaja masyarakat menganggap akan berlaku perbuatan yang tidak manis.
Tatkala gambar itu tersebar dengan meluas di Internet, Intan sendiri sudah memikirkan hal itu akan menjadi sensasi.
Tidak takut dengan apa juga dakwaan kerana bagi Intan dia tahu di mana hendak meletakkan dirinya.
Dan yang penting percutian itu bukan hanya mereka berdua tetapi turut ditemani juga ahli keluarga Iskandar.
”Saya tak takut pun kerana kami tak buat benda-benda yang tak elok.
”Selain keluarga, kawan-kawan Iskandar pun turut sama menyertai percutian tersebut,” ujar Intan bercerita kisahnya.
Bagaimanapun sejujurnya kata Intan apabila timbul cerita berkenaan, ahli keluarganya agak kurang senang apabila ramai yang bertanyakan hal itu.
Tentulah ahli keluarga Intan turut bimbang ada pihak yang akan membuat tafsiran yang salah sedangkan ibu dan bapa Intan juga mengetahui percutian yang sudah dirancang awal.
Agak kecewa dengan pihak tertentu yang cuba menyebarkan gambar tersebut bertujuan mensensasikan cintanya dengan Iskandar tetapi sebagai artis, dia menerima kejadian tersebut sebagai satu ujian.
Menganggap ia perkara remeh tetapi yang lebih mustahak dia tidak melakukan apa-apa perkara tak senonoh.
l	 Bertunang 31 Ogos
Tidak mahu bercerita dengan jelas mengenai siapakah kekasihnya, ia di atas permintaan Iskandar sendiri.
Menurut Intan, kekasihnya itu baru sahaja bertukar kerja dan sekarang bertugas di sebuah syarikat kewangan. Dan tentu sahaja agak kurang selesa jika terus menerus dia dikaitkan mengenai kisah cinta dengan Intan.
Bimbang dipersoalkan oleh majikan barunya, lebih baik urusan peribadi tidak dicampur adukkan sehinggalah pada tarikh mereka disatukan nanti.
Mengakui rombongan pihak lelaki sudah datang merisik pada 13 Julai lalu majlis bertunang pula akan diadakan akhir bulan ini.
Memilih 31 Ogos sebagai tarikh keramat, ia diadakan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-51 tahun dan juga tarikh akhir sebelum umat Islam menyambut Ramadan.
Tidak ada majlis besar-besaran, ujar Intan cukuplah majlis pertunangan itu nanti dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak.
”Majlis ini diadakan secara sederhana yang dihadiri ahli keluarga Intan dan juga keluarga Iskandar. Tak ada majlis besar-besaran macam artis lain buat,” jelasnya.
Masih belum memikirkan tarikh untuk mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri, tetapi Intan mengaku ia akan diadakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Agak sukar mencari tarikh yang sesuai kerana ahli keluarganya juga turut mempunyai perancangan mengenai tarikh-tarikh tertentu untuk mereka disatukan nanti.
Bukan hendak menolak pilihan keluarga, sebagai anak sulung yang mahu mendirikan rumah tangga, tentu sahaja saudara maranya begitu teruja mengendalikan majlis istimewa itu.
Bimbang ada yang berkecil hati, biarlah mereka mendapat kata sepakat untuk mencari hari yang sesuai untuk mengadakan majlis itu sebelum ia diumumkan.
”Nak ikutkan, pening juga kepala sebab macam-macam tarikh yang diberikan kepada Intan untuk majlis nikah nanti. Tapi Intan nak kena bincang dulu dan tak boleh buat keputusan sesuka hati sebab hati orang tua kita nak jaga juga,” katanya.
Merancang mengadakan majlis bercirikan persandingan ala Johor, ia akan dibuat secara sederhana di rumah Intan di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.
Tidak memilih dewan besar ataupun di hotel-hotel mewah, cukuplah majlis itu diadakan secara sederhana dengan dihadiri rakan-rakan rapat dan juga teman media.
Tentu sahaja ketika membilang hari indah itu, perasaan Intan cukup gembira memikirkan tidak lama lagi dia akan menjadi isteri orang.
Saat ditanya kenapa sehingga umur 27 tahun barulah keputusan mendirikan rumah tangga dibuat, katanya selama ini dia tidak menemui calon lelaki yang sesuai.
Sehinggalah beberapa bulan lalu Iskandar meluahkan hasrat untuk mengahwininya, dari situlah terbukanya hati Intan untuk mendirikan rumah tangga sama seperti pasangan lain.
Sudah puas melalui susah payah dalam dunia hiburan, Intan juga mahu menjadi seperti orang lain yang berkahwin dan juga ada anak.
Kalau dahulu pemikirannya mungkin macam budak-budak tetapi hari ini Intan merasakan dia sudah matang untuk menjadi isteri dan ibu kepada bakal anak-anaknya nanti.
”Bila kita tengok orang ada anak, hati itu tiba-tiba terbuka untuk merasai pengalaman itu. Mungkin sudah sampai jodoh agaknya,” jelasnya.
l	 Tidak mengongkong
Istimewanya hubungan Intan dengan Iskandar apabila bakal suaminya tidak menyekat penglibatan Intan sekiranya dia mahu terus aktif dalam dunia hiburan.
Sebagai orang yang dah biasa menyanyi, Intan mempunyai perancangan untuk memiliki sebuah single tersendiri selepas berumah tangga nanti.
Mendapat sokongan Iskandar, tentu sahaja hubungan mereka menjadi lebih istimewa kerana lelaki itu memahami tanggungjawab seorang artis.
”Saya bahagia bukan sahaja kerana mendapat kekasih yang baik dan romantik tetapi memahami tugas saya sebagai seorang artis,” jelasnya.
Ditanya ada yang mengatakan Iskandar anak seorang Datuk, kata Intan itu semua tekaan yang salah.
Bukan anak Datuk tetapi dia sekadar anak kepada seorang doktor di sebuah hospital swasta di Selangor.
Intan & Iskandar Bertunang Ogos
Dalam diam-diam nak sembunyikan kisah cinta, tut-tut ada angin bayu bertiup dan berbisik-bisik manja ke telinga Niezam mengenai percintaan tersembunyi abad ini.
Siapa lagi kalau bukan penyanyi Intan Sarafina, 26, dengan seorang eksekutif di sebuah syarikat gergasi iaitu Iskandar. Mengikut bayu yang membisik itu, Intan dan Iskandar yang juga anak seorang Datuk sudah merancang hubungan yang lebih serius.
Bukan setakat bercinta kosong saja tetapi khabarnya mereka dah sampai ke peringkat yang lebih dari itu.
Niezam terfikir juga buat apa Intan nak sorok-sorok? Bila dapat berita yang baik ini, biarlah Niezam usik-usik dulu.
Mengikut ’spy’ Kring Kring di luar tu, majlis merisik Intan dengan jejaka berusia 32 tahun itu rupa-rupanya sudah diadakan pada 13 Julai lalu.
Majlis bertunang dan nikah khabarnya akan diadakan pada tahun ini juga.
“Ada orang bagi tahu saya, masa majlis risik itu ramai betul rombongan pihak lelaki datang ke rumah Intan di Cheras,” kata sumber itu.
Dalam masa yang sama Niezam dengar cerita Intan takut nak tempah baju pengantin dari butik di Kuala Lumpur ni sebab bimbang wartawan tahu lebih awal sebelum Intan sendiri hantar kad jemputan. Tapi tut tut Niezam dah tahu awal ni macam mana?
Tak apalah Intan, benda yang baik tak elok disembunyikan. Paling tidak kita boleh suruh peminat kita di luar sana tu sama- sama mendoakan kebahagiaan Intan.
Niezam nak tanya juga kereta BMW yang Intan pakai sekarang ni hadiah daripada Iskandar ke? Tanya je…!
NIEZAM: Tak lama lagi akan bocor kisah artis popular yang sudah bertunang dalam diam. Tunggu ya!
Itu Memang Kekasih Saya – Intan Sarafina
Oleh WANDA IDRIS
NAMPAKNYA selepas menyepikan diri daripada dunia nyanyian, nama Intan Sarafina mula diperkatakan semula apabila dia menyertai program realiti One In A Million (OIAM).
Namun selepas menjadi peserta keempat tersingkir pada minggu kelima, namanya kembali senyap dan tiba-tiba ia hangat kembali dengan kisah-kisah penyebaran gambar-gambarnya bergandingan mesra dengan seorang jejaka tampan bertubuh sasa.
Khabarnya lelaki itu merupakan anak orang berada dan gambar-gambar kemesraan mereka berdua diambil di sebuah pulau peranginan dan kini tersebar luas di Internet.
Tanpa cuba mengelak diri, Intan Sarafina berterus terang mengakui bahawa lelaki kacak dan tinggi lampai yang bergambar mesra dengannya itu sebagai teman lelakinya sewaktu dihubungi petang Rabu lalu.
“Ya! Betul, saya berkawan dengannya. Itu kekasih saya. Saya telah mengenalinya setahun lebih tetapi hanya beberapa bulan kebelakangan ini baru menjalinkan hubungan,” demikian ungkap Intan Sarafina di hujung talian.
Pun begitu, Intan Sarafina memohon agar nama penuh buah hatinya itu tidak ditulis dengan alasan demi menjaga perhubungan masing-masing.
Apalagi, kata Intan Sarafina, teman lelakinya itu tidak mahu publisiti mengenai hubungan mereka digembar gemburkan. “Cukuplah mengenali dirinya sebagai I sahaja,” kata Intan Sarafina sambil ketawa kecil memperkenalkan kekasihnya yang berkulit putih dan berkening lebat itu.
“Dia tak biasa dan tak berapa sukakan publisiti,” tambah Intan Sarafina yang satu ketika dahulu popular dengan lagu Duhai Malam.
Penyanyi manis bermata kuyu itu mengakui mengenali I melalui teman-teman dan menyenangi lelaki tersebut bukan sahaja kerana orangnya yang baik hati tetapi juga kerana seorang yang amat memahami.
“Berkawan dengannya menyenangkan. Kami serasi dan saya selesa dengannya,” kata Intan Sarafina lagi tanpa mahu mengulas panjang mengenai diri I, 32 yang lima tahun lebih tua daripadanya itu.
Pun begitu Intan mengakui bahawa kekasih hatinya itu bekerja di bahagian pemasaran di sebuah syarikat di ibu kota. Difahamkan kedua-dua mereka juga sudah bertemu keluarga masing-masing namun Intan Sarafina menegaskan mereka masih belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
“Soal tunang mahupun kahwin saya tak boleh cakap sekarang. Masih belum tahu lagi. Apa yang pasti, jika ada jodoh, semuanya pasti berlaku.
“Bukannya apa, takut nanti kalau bercerita banyak sangat, tak jadi pula. Itu pun tak elok. Biarlah sampai masa yang sesuai dan semuanya menjadi, barulah nak bercerita.
“Apa pun, kita meminta yang baik-baik sahaja. Sampai masa saya akan umumkan. Saya tentu tidak akan menyembunyikannya dan pasti akan menguar-uarkan hari bahagia saya,” tegas Intan Sarafina.
Memberitahu pada awal perkenalan mereka, I tidak mengetahui status dirinya sebagai artis tetapi apabila telah mengetahuinya, kekasih hatinya itu sudah bersedia menghadapi perkara sebegini.
“Memang masa gambar-gambar itu keluar dia terperanjat juga. Kerana tak sangka ia akan disebarkan. Tapi tak mengapalah. Saya sendiri pun sudah menjangkakan perkara itu.
“Lagipun saya dan I bukannya nak sorok apa-apa mengenai hubungan kami. Sebab memang kami berkawan pun,” kata Intan Sarafina yang mengakui bahawa gambar-
gambar itu diambil sewaktu mereka bercuti ke Pulau Phuket tidak berapa lama dulu.
Menurut Intan Sarafina, I juga tidak marah apabila gambar mereka tersebar kerana menyedari hakikat bahawa dirinya kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang artis.
“Benda-benda begini tak boleh nak lari dan perlu dihadapi. Cuma mungkin kerana dia tak biasa. Tapi dia juga tidak marah,” ujar anak kelahiran Muar yang bernama penuh Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya itu lagi.
Menjelaskan mengenai perkembangan dirinya kini, kata Intan Sarafina, buat masa ini dia berdebar-debar menanti reaksi khalayak terhadap dirinya.
Bukan kerana kekalutan kisah cintanya yang digembar gemburkan sebaliknya respons daripada peminat terhadap kemunculannya dalam bidang lakonan.
Drama sulungnya, Suara Hati yang diarahkan oleh Faizal Ishak bakal ditayangkan di Astro tidak lama lagi dan ia merupakan langkah awal Intan Sarafina dalam bidang ini.
“Saya dapat tawaran itu ketika di OIAM. Tidak saya nafikan, pembabitan saya dalam program OIAM banyak membuka ruang baru kepada saya,” jelas Intan Sarafina.
Mengakui pada awalnya tidak berkeyakinan untuk berlakon namun Faizal optimis terhadap bakatnya malah telah menyediakan watak sesuai untuk Intan Sarafina.
“Mulanya saya ragu-ragu juga nak berlakon. Iyalah, bukannya saya biasa beraksi depan kamera. Tapi akhirnya, saya akui ia satu pengalaman yang menyeronokkan,” ujar penyanyi itu.
Ditanya mengenai bidang nyanyian, Intan Sarafina mengakui amat merindui untuk melahirkan album baru. Kali terakhir muncul dengan album adalah pada 2002 menerusi album Intan Sarafina 2 yang menampilkan lagu popularnya, Duhai Malam.
Penyanyi itu menghasilkan album debutnya pada 2000 menerusi album Kembali dan kini dia mengakui begitu mengimpikan album baru.
Pun begitu, ia memerlukan perancangan rapi namun Intan Sarafina tetap optimis dengan melahirkan lagu baru terlebih dahulu.
Masih dalam perbincangan, kata Intan, sekurang-kurangnya lagu single itu nanti akan membolehkannya kembali menyemarakkan dunia nyanyiannya dan mengembalikan ingatan khalayak terhadap dirinya.
Bertuah Intan Sarafina
DALAM banyak-banyak emel yang Papa terima, Papa cukup tertarik dengan satu e-mel ini apabila pengirimnya memberikan beberapa keping gambar penyanyi Intan Sarafina bersama seorang lelaki yang cukup kacak yang didakwa teman lelakinya.
Untungnya Intan kerana teman lelakinya itu bukan sahaja kacak tetapi khabarnya juga anak orang berada.
Sebelum ini pun, jika tidak silap Papa, Intan pernah membuat kenyataan mengatakan dia sedang dalam proses mengenali seseorang.
Pandai sungguh Intan menyembunyikan teman lelakinya ya! Takut kena ‘caras’ ke?
Seeloknya, jika sudah sampai seru, akhirilah cinta kalian ke jinjang pelamin. Apa lagi yang mahu ditunggu?
Lagipun baik Intan mahupun temannya itu, sama cantik dan sama padan. Bagai pinang di belah dua.
Apa pun, Papa mendoakan yang terbaik untuk Intan dan temannya itu.