Another Fame Quest Begins
November 3, 2008
Ahmad Izham says OIAM3 will begin at the year’s end.
Expect more drama when the latest season of popular reality talent show One in a Million (Season 3) begins its nationwide auditions soon. DENNIS CHUA writes.
Ayu Damit’s album will be out soon.
Marion (right) and Awal remain OIAM hosts.
8TV’S star attraction One In A Million (OIAM) is set to find a new star in the mould of Suki Low and Ayu Damit at the year’s end.
The popular reality talent show which began in 2006 will open its doors to nationwide auditions on Nov 15 in Kota Kinabalu and Kuching, before moving to Johor Baru and George Town on Nov 22 and Kuala Lumpur on Nov 29.
The Short Messaging Service-based (SMS) contest, which found its first winner in Seremban lass Suki, and its second in Kota Kinabalu-born Ayu, is out to find yet another talent worthy of its RM1 million reward.
OIAM Season 3 or OIAM3 introduces a brand new tagline “Find Your Own Voice”, a revamped logo in shining silver and gold, and a more personal view of the participants behind the scenes, complete with occasional “drama” and “breaking news”.
The television station’s chief executive officer, Ahmad Izham Omar, said: “While OIAM3 stays true to the basic formula that made OIAM1 and OIAM2 a great success, viewers should be prepared for more drama, conflicts and a whole lot of great singing this time round.
“And as in previous seasons, fans will be introduced to brand new talents. On top of that, viewers may expect to see some renowned artistes sharing the stage with all the other contestants.”
Sarawakian pop princess Dayang Nurfaizah Awang Dowty made it to the Top 5 in OIAM1 while newly-wed Intan Sarafina, award-winning Siti Sarah Raisuddin and Shila Amir Amzah were among the final 12 in OIAM2.
Ahmad Izham said: “Over the last two seasons, the innovative show has managed to captivate the attention of viewers and critics alike with its attractive yet original concept.
“It is the only show where one can vote for or oust a contestant.”
Producer, songwriter and arranger Paul Moss and classical and pop singer-cum-music educationist Syafinaz Selamat will once again be the show’s resident judges.
Television personalities Awal Ashaari of Impak Maksima and Diva fame and Marion Caunter of 8TV Quickie fame return as co-hosts.
Moss said: “There will be tougher judging and higher expectations in the new season. We seek new talents who are passionate about making it to the top.”
He said what was important was for the new contestants to have “musical intelligence” and “the extra something” that fans love.
“Our production crew will be at every audition session to ensure that only those who meet the competition’s requirements qualify for the main session in Kuala Lumpur, where the judges will determine the lucky Top 80,” said Ahmad Izham.
“We are not just looking for a winner but the next big star in Malaysian music.”
The age limit for contestants is now from 16 to 32. The last two sessions were from 19 to 30.
Auditions will take place from 9am to 3pm at the Imperial International Hotel, Kota Kinabalu and Merdeka Palace Hotel, Kuching on Nov 15, followed by The Puteri Pacific Hotel, Johor Baru and Sunway Hotel, George Town on Nov 22.
Kuala Lumpur’s Berjaya Times Square will host the auditions on Nov 29 and 30, when the main judging takes place. Established artistes will audition on Dec 1 at the same venue.
8TV will have several roadshows to coincide with the new season of OIAM. They will be held at City Square in Johor Baru on Nov 8, Prangin Mall in George Town on Nov 9 and Berjaya Times Square on Nov 15.
Previous season contestants such as Ayu, Suki, Mark Lorin, Alif Satar, Tengku Tiara Yasmin Sofia Tengku Hassan and Ezuan Sulaini will entertain the crowd.
Ahmad Izham said: “We are likely to know the Top 12 after the new year. The OIAM3 Diary will be screened thrice a week.”
On the previous season’s artistes, he said Ayu is in the midst of recording her debut album while Suki has already come up with one and is currently riding high with the hit single Siapa Aku (This Is Me) for the film Camp Rock’s Asian edition soundtrack.
OIAM1 runner-up Faizal Tahir bagged three awards in Anugerah Industri Muzik (AIM) 2008 and has also hosted two seasons of pan-Asean talent search Gang Starz, while OIAM2 runner-up Shila won the Penang Shanghai World Star Quest regional singing contest.
The contest’s results are purely determined by viewers who vote by sending text messages (SMS). Viewers can either “vote in” or “vote out” the contestants of their choice.
The contestant with the highest number of “vote ins” for the week will be immune to elimination.
“OIAM has not just proven to be a signature programme for 8TV but also one that has captured the talent and imagination of mainstream audience with its bold, creative format and talented participants,” Ahmad Izham said.
New Straits Times
Dari Sombong Jadi Serius
October 20, 2008
Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my

HATI tahu apa yang diidamkan. Hati juga tahu apa diimpikan bagi setiap pasangan yang asyik dilamun cinta. Saat itu, hati mula menunggu segala mimpi bakal menjadi kenyataan disaksikan sinaran bulan dan bintang.
Perasaan mula berbunga mekar setelah percintaan singkat yang terjalin serius pada Mac lalu akhirnya telah terjawab dan kemudiannya ‘ditanda’ menerusi majlis pertunangan pada 31 Ogos lalu, sebelum hati kemudiannya bersatu untuk sama-sama ke jinjang pelamin.
Begitulah romantisnya akhiran perjalanan cinta penyanyi yang memiliki seraut wajah manis, Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, 27, atau lebih dikenali sebagai Intan Sarafina dan suaminya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli, 32.
Intan secara rasminya bergelar isteri usai majlis akad nikah dengan sekali lafaz oleh jejaka tampan pilihannya itu.
Disaksikan keluarga terdekat dan teman kedua-dua pasangan, majlis pada malam Jumaat lalu berjalan lancar di kediaman pengantin perempuan di Villa Laman Tasik, Bandar Seri Permaisuri, lokasi yang sama menyaksikan persandingan kedua-dua mempelai pada keesokan harinya.

RAKAMAN kenangan bersama ahli keluarga pada hari kebesaran mereka, Intan dan Iskandar kini bersedia mengharungi bahtera rumah tangga.
Pada majlis akad nikah tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 berserta wang hantaran berjumlah RM15,000. Turut mengiringi, sembilan dulang barangan hantaran berupa keperluan peribadi, manisan dan buah-buahan berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.
Tampak anggun dan bergaya raja sehari, mengenakan busana rekaan pereka terkenal, Man Kajang dan sentuhan rias pada wajahnya oleh jurusolek Zulfazli, sungguh sederhana tetapi meriah, Intan menyifatkan perkahwinannya itu sebagai satu rahmat dan kini tanggungjawabnya juga lebih besar setelah sah bergelar isteri kepada suami tersayang.
Jika dulunya, Intan hanya mementingkan karier dan keluarga tetapi segalanya kini telah berubah.

USAI majlis akad nikah disempurnakan dengan majlis menyarungkan cincin tanda Intan sah menjadi isteri Iskandar.
Selepas merentasi gerbang perkahwinan, Intan sebaliknya harus bijak mengatur segala langkah, apatah lagi dalam menjaga keperluan harian suami baik dari segi makan dan minum mahupun pakaian.
“Semuanya telah selesai dengan mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga, itu yang paling penting. Bermula hari ini keutamaan saya diberikan kepada suami,” ungkap Intan yang berharap mahligai yang baru terbina itu berkekalan hingga ke akhir hayat.
Saling serasi dan selesa
Sebelum melangsungkan perkahwinan, Intan yang pernah menyertai program realiti One In A Million (OIAM) menjadi bahan berita hangat dengan dengan kisah penyebaran gambar-gambarnya bergandingan mesra dengan seorang jejaka yang kini bergelar suaminya itu.

INTAN bersama barangan hantaran pada majlis akad nikahnya.
Penyanyi manis bermata kuyu itu mengakui mengenali suaminya itu melalui teman-teman dan menyenangi dengan sikap lelaki tersebut bukan sahaja kerana orangnya yang baik hati tetapi juga kerana dia seorang yang amat memahami.
“Berkawan dengannya menyenangkan. Kami serasi dan saya selesa dengannya,” luahnya.
Selepas bergelar isteri, kerjaya seni yang diterokainya tidak pernah dihalang oleh suami sebaliknya dirinya diberi semangat untuk meneruskannya.
Namun, Intan dinasihatkan tidak cuba leka malah harus pandai membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga.
Berkesempatan bertemu lebih dekat dengan sang arjuna Intan, terus ditebak persoalan mengenai apakah ciri-ciri yang membuatkan dirinya terpikat untuk memilih Intan sebagai teman hidup selama-lamanya.
Iskandar tersenyum lantas memberitahu, pertama kali menatap wajah ayu Intan hatinya terus terbuka untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan serius.

PADA majlis akad nikah, seri pasangan pengantin dinaikkan lagi dengan sejambak bunga ros berwarna merah dalam gengaman Intan.
Menurutnya, perwatakan Intan juga cukup menyenangkan ditambah dengan kelembutan tingkah lakunya yang begitu semula jadi.
“Pada awalnya saya tidak tahu Intan seorang penyanyi dan waktu saya mula ingin mengenalinya juga Intan agak sombong. Tetapi lama kelamaan persahabatan kami menjadi lebih serius.
“Saya begitu tertarik dengan kelembutan yang ada pada diri Intan, selain baik budi bicaranya dan kecantikannya.
Lagipun, keluarga saya juga selesa dengan Intan, jadi kami bincang untuk elok sahaja kami berkahwin,” jelasnya yang merupakan seorang kaki tangan bank.
Bulan madu di Bali
Selesai sahaja majlis persandingan sebelah pihak perempuan, menjelang Januari depan pula, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara bakal dijadikan lokasi majlis resepsi pihak pengantin lelaki. Memilih tarikh yang agak jauh dengan majlis persandingan sebelah perempuan, Iskandar menjelaskan ia disebabkan beberapa faktor.
“Kami bukan sengaja menjarakkan terlalu lama tempoh majlis persandingan pihak perempuan dan lelaki, tetapi memandangkan saudara saya turut mendirikan rumah tangga, jadi kami ikut giliran supaya semua saudara dapat meluangkan masa pada hari kebesaran kami ini,” ujarnya sambil mengukir senyuman.

ATAS: Pasangan mempelai sedang melayan tetamu yang hadir pada majlis persandingan mereka.
Sudah menjadi kemestian bagi setiap pasangan pengantin untuk memilih destinasi berbulan madu mereka. Bagaimanapun, pasangan ini lebih senang bercadang untuk menghabiskan masa bersama ke pulau peranginan terkenal, Bali sebagai destinasi bulan madu mereka.
Masih aktif berlakon
Dalam pada itu, Intan mengakui fasa baru dalam kehidupannya sudah bermula dan memberitahu dia bakal berpindah untuk tinggal bersama suaminya itu di Bandar Sunway.
Hasrat Intan juga cukup besar yang ternyata telah bersedia untuk menerima cahayamata dan dia mengimpikan mahu memiliki seramai empat orang anak bagi melengkapkan rumah tangga yang dibinanya bersama Iskandar itu.
“Setelah mengambil keputusan untuk berkahwin diri saya perlu bersedia dalam segala hal, baik dari segi anak. Saya bersedia pada bila-bila masa sahaja kerana ia merupakan rezeki dan memeriahkan kehidupan kami,” tutur Intan.
Biarpun aktiviti seninya agak perlahan, Intan menegaskan dia sebenarnya dia masih lagi aktif, khususnya dalam dunia lakonan.
Terbaru, Intan bakal berlakon memegang watak seorang penyanyi kelab malam bernama Asmara menerusi sebuah drama yang belum berjudul.
“Watak dalam drama ini memerlukan saya sentiasa dalam kesedihan kerana sentiasa ditindas dan dibuli,” ujarnya sebagai penutup bicara.
Kosmo
Intan Sarafina Diijab Kabul Kahwin
October 18, 2008
Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my

INTAN SARAFINA di sisi suaminya, Iskandar Ezzahuddin selepas majlis pernikahan mereka semalam.
KUALA LUMPUR – Penyanyi Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, 27, selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Iskandar Ezzahuddin Dr. Ahmad Zulkifli, 32, di kediaman keluarganya Villa Laman Tasik Bandar Seri Permaisuri di sini semalam.
Pasangan pengantin yang mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu kelihatan secocok dan anggun memakai baju berwarna putih ketika upacara akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah dan Rujuk Masjid Saidina Othman Bandar Tun Razak, Mohamad Afandi Che Harun.
Dengan sekali lafaz, Iskandar Ezzahuddin sah menjadi suami kepada Intan Sarafina yang turut menerima mas kahwin RM80 beserta wang hantaran sejumlah RM15,000.
Rombongan lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang digubah cukup menarik dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.
Intan dan suaminya memilih untuk melangsungkan akad nikah dengan hanya disaksikan oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat sahaja.
Sejurus selesai majlis akad nikah yang dinanti-nantikan oleh pasangan pengantin dan semua tetamu, Intan mengakui terharu dan gembira dengan kelancaran majlis pernikahannya serba sederhana itu sambil menyatakan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.
Kosmo