Harta Michael Jackson Dilelong
April 14, 2009
SET catur Michael Jackson, antara barang lelongan pada 22 hingga 25 April depan, dipamerkan di Beverly Hills, kelmarin.
Ikon pop gagal dapat perintah injunksi tangguh jualan
BEVERLY HILLS: Satu lelongan barangan peribadi milik Michael Jackson akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun syarikat penerbitan beliau mengambil tindakan mahkamah untuk menangguhkan jualan berkenaan.
Pengarah eksekutif Julien’s Auction di Hollywood, Martin Nolan berkata jualan pada 22 hingga 25 April ini akan diteruskan selepas mereka mempamerkan barangan dari gedung khazanah ikon pop itu di Neverland Ranch yang menandakan berakhirnya era penyanyi itu.
“Kami yakin bahawa lelongan akan diteruskan dan kami amat bangga dengan pameran itu yang dilakukan di sini untuk mempamerkan barangan terbabit,” kata Nolan pada satu sesi prapengenalan jualan itu kepada media.
Jackson gagal dalam cubaan pertama melawan kes itu awal bulan ini apabila seorang hakim Los Angeles menolak cubaan untuk membatalkan kontrak syarikat penerbitan itu dengan rumah lelongan terbabit.
Perbicaraan kedua di mana syarikat cuba mendapatkan satu injunksi menangguhkan jualan berkenaan akan diadakan hari ini.
MJJ Production mendakwa dalam satu saman yang difailkan di Los Angeles bulan lalu bahawa beberapa barangan yang tidak ternilai harganya yang akan dilelong pada 22 dan 25 April depan mempunyai nilai sentimental yang luar biasa.
PATUNG aktor aksi kung-fu terkenal, Bruce Lee, antara tarikan pada lelongan tidak lama lagi.
Barangan yang akan dipamerkan termasuk kostum luar biasa milik penyanyi itu, perabot antik, patung ’superhero’ bersaiz sebenar, patung ‘Star Wars’, ‘Batman’, ‘Darth Vader’ dan arked permainan komputer lengkap.
“Ia jualan pelbagai untuk setiap orang meliputi barangan kereta api hinggalah istana dan limosin,” kata Nolan.
“Sarung tangan adalah antara barangan ikon, memperkatakan mengenai Michael Jackson, semua orang mengetahuinya. Ia dianggarkan bernilai antara AS$10,000 (RM35,000) hingga AS$15,000 (RM52,500).
“Tetapi, ia mungkin dapat dijual dengan mudah pada harga antara AS$100,000 (RM350,000) hingga AS$200,000 (RM700,000).” -AFP
CENDERAMATA patung Michael Jackson bersama watak Disney lain milik penyanyi itu bakal dijual.
Berita Harian
Ada VIP Mahu Taja Album
April 3, 2009
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
Rap
TIADA istilah bersara dalam hidup Raja Pop unggul tanah air, Jamal Abdillah sejak menghambakan diri dalam bidang seni sejak 30 tahun lalu.
Malah, bekas Juara Bintang RTM 1979 yang mencecah usia 50 tahun ini mengakui dia akan terus menyanyi selagi diterima peminatnya.
“Menyanyi adalah cara saya meluahkan perasaan termasuk ketika berhadapan dengan apa saja masalah atau dugaan hidup sejak bergelar anak seni.
“Saya juga bersyukur dalam krisis ekonomi global dan kegawatan pasaran album ketika ini, syarikat rakaman Warner Music masih memberi sepenuh kepercayaan untuk saya tampil dengan album penuh tahun ini,” katanya.
Terus terang, kata Jamal, dia juga tidak pernah terfikir untuk mencari syarikat rakaman lain kerana sudah selesa dengan Warner Music sejak dulu lagi.
“Kehidupan saya juga dari dulu sampai sekarang lebih mudah di bawah pengurusan mereka. Kalau bertukar syarikat rakaman, saya perlu berhadapan dengan kerenah birokrasi syarikat baru. Justeru, lebih baik saya fokus pada satu syarikat rakaman saja sampai bila-bila pun,” katanya.
Tidak tidak cukup dengan itu, Jamal juga antara penghibur tempatan yang sering diundang membuat persembahan makan malam untuk golongan kenamaan atau VIP.
“Saya difahamkan ramai VIP yang membesar dengan lagu saya dari dulu sampai sekarang. Maklumlah, saya mula menyanyi pada 1979 dan ketika itu mereka masih menuntut di kolej dan universiti di luar negara.
“Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah juga tahu mengenai lagu Seroja yang saya dendangkan ketika membuat persembahan yang dihadiri olehnya sebelum ini.
“Tidak dinafikan, memang ada pihak VIP yang berminat untuk menaja album saya sebelum ini dan mereka juga sebenarnya peminat saya juga,” katanya.
Terkini, legasi anak seni versatil yang dilahirkan pada 7 Mei 1959 – sama tarikh lahir dengan Raja Pop Dunia, Michael Jackson – diteruskan dengan kemunculan bingkisan album terbarunya yang juga album ke-20 bersama Warner Music, Tak Hilang Cinta yang menjengah pasaran tempatan pada 16 April nanti.
Selain muncul dengan album baru, tahun ini, Jamal juga merancang mengadakan konsert secara besar-besaran, berjudul Kembara Seni (Seniman) Jamal Abdilah buat peminat setianya pada 5 hingga 9 Ogos nanti di Istana Budaya.
“Saya akan menyampaikan rangkaian lagu popular dari dulu hingga kini dengan iringan orkestra bagi mengubat kerinduan peminat selama ini.
“Apa yang istimewa, saya tampilkan konsep baru dalam konsert ini. Saya juga akan buat sketsa dalam persembahan nanti. Contohnya, jika saya buat persembahan lagu Seniman Menangis, saya akan selitkan babak lakonan di dalamnya.
“Artis yang diundang dalam konsert saya juga mereka yang terbabit secara tidak langsung dengan kerjaya seni atau pernah bekerjasama dengan saya sebelum ini seperti Datuk David Arumugam (Alleycats), Ogy Ahmad Daud dan komposer veteran Datuk Ahmad Nawab.
“Selain itu, diselitkan juga dengan temubual bersama tokoh terkenal seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi pandangannya mengenai saya,” katanya.
Jamal ditemui pada majlis pelancaran album terbarunya Tak Hilang Cinta di Red Box, The Gardens, MidValley, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengurus Artist & Repertoire Warner Music Malaysia, Mokhtaza Ahmad.
engenai album barunya itu, Jamal berkata, ia mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.
“Proses pemilihan lagu dibuat dengan teliti kerana saya ingin pastikan album ini memuaskan hati saya sendiri dan pada masa sama yang terbaik buat peminat. .
“Dalam keadaan sekarang, saya juga tidak kisah buat perubahan dari segi muzik yang diketengahkan kerana saya perlu mengikut aliran muzik terkini terutama untuk menawan hati peminat baru,” katanya.
Jamal berkata, album barunya itu menampilkan kelainan daripada yang pernah dihasilkannya sebelum ini.
“Buat julung kalinya, saya akan bekerjasama dengan penerbit baru yang belum pernah menerbitkan album saya sebelum ini, Shah. Penerbit bersama lain ialah komposer Eddie Marzuki dan Adnan Abu Hassan.
“Tak Hilang Cinta mempertaruhkan Apa Lagi sebagai single pertama saya. Apa yang menarik ialah rentak funk yang belum pernah saya terokai sebelum ini dengan menampilkan sentuhan komposer baru yang meningkat naik, Rohunaim.
“Tiga lagi lagu ciptaan Rohunaim ialah Tak Hilang Cinta Di Dunia, Ku Sejiwamu dan Waktu Kerinduan (lagu/lirik),” katanya.
Album baru itu turut menampilkan dua lagu ciptaan Adnan iaitu Cinta Dua Darjat dan Kembara Yang Indah (lirik Faris). Sebagai kelainan buat peminat, Jamal juga bekerjasama dengan Daly dari Ahli Fiqir dalam lagu berbentuk medley, Terpesona Dusta.
Tidak ketinggalan, tiga lagu ciptaan Jamal sendiri iaitu Di Mana Akhirnya, Keindahan Mimpi dan Akulah Kekasihmu (ciptaan Jamal/Ad Samad). Sepanjang bernaung di bawah payung Warner Music, Jamal sudah menghasilkan sebanyak 19 album sejak 1980.
Antaranya, Perpisahan Tanpa Relamu (1980), Derita Cinta (1981), Hatiku Luka Kembali (1982), Layang-layang (1983), Mati Hidup Semula (1986), Untukmu (1988), Sepi Seorang Perindu (1989), Seniman Menangis dan Sendiri (1990), Jamal (1991), Penghujung Rindu (1994), Suratan Kasih (1996), Penawar Kasih (1997), Samrah Mentari (1998), Segala Cinta (2002), Raja Pop Kompilasi (2003), Aku Penghibur (2005), Raja Cinta-kompilasi (2006) dan Live Istana Budaya (2007).
innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5″;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154″;
innity_width = “250″;
innity_height = “220″;
Harian Metro
Michael Tekad Mahu Lakukan Moonwalk
March 30, 2009
LONDON – Raja Pop, Michael Jackson giat berlatih bagi memastikan dia cukup cergas untuk melakukan aksi popular Moonwalk pada siri konsert di sini, musim panas ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Aksi berjalan sambil kaki menggelongsor ke belakang itu pernah melonjakkan nama Michael dan dia sudah lapan tahun tidak melakukan tarian tersebut.
Bagaimanapun, dia yang kini berumur 50 tahun nekad melakukan tarian tersebut yang memenatkan kerana tidak mahu menghampakan para peminatnya. – Agensi
Kosmo