Restoran Terbesar Di Asia
March 30, 2009
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my
Bubba Gump Shrimp Co. diiktiraf sebagai restoran terbesar di Asia dengan keluasan 9,000 kaki persegi dan mampu memuatkan 300 pengunjung dalam satu-satu masa.

NZ Diners yakin restoran BGSC mempunyai prospek cerah di Malaysia.
MESKIPUN kegawatan ekonomi global masih terasa kesannya, namun ia tidak menghalang Naza Diners Sdn. Bhd. (NZ Diners) mengeluarkan pelaburan sebanyak RM3.5 juta untuk membuka cawangan kedua restoran Bubba Gump Shrimp Co. (BGSC) di Malaysia.
Bertempat di pusat beli-belah Sunway Pyramid, restoran francais dari Amerika Syarikat (AS) itu telah diiktiraf sebagai yang terbesar di Asia dengan keluasan 9,000 kaki persegi dan mampu memuatkan 300 pengunjung dalam satu-satu masa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin, kos pelaburan sebanyak RM3.5 juta itu merangkumi proses francaisi, membaik pulih ruang restoran, sesi latihan dan tenaga kerja.
“Walaupun berdepan dengan krisis ekonomi yang melanda di seluruh dunia, namun melalui pembukaan restoran BGSC cawangan kedua ini, kami turut menawarkan 100 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan,” kata SM Nasarudin sewaktu sidang media pada majlis perasmian BGSC di Sunway Pyramid baru-baru ini.
Selain itu, SM Nasarudin menjelaskan, pihaknya ada menawarkan lima menu tambahan bagi menarik perhatian pelanggan BGSC seperti Ayam Texas Cajun, Sandwic Udang Po’Boy dan Pai Alabama Mud.

DARI kiri: Scott Barnett, Sarena Cheah, wakil Sunway dan Nasarudin turut hadir pada majlis pelancaran restoran itu.
Ditanya mengenai perancangan untuk mengembangkan perniagaan NZ Diners, SM Nasarudin berkata: “Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami bercadang untuk membuka tiga lagi cawangan BGSC di Malaysia.”
Dalam pada itu, CEO dan Presiden BGSC, Scott Barnett yang turut hadir pada majlis perasmian itu berkata, sebanyak 80 peratus cawangan restoran BGSC di Asia terletak di Jepun dan Indonesia.
Tambahnya, beliau yakin kerjasama francais dengan NZ Diners akan memberi potensi yang baik dan menguntungkan BGSC kerana syarikat tersebut mempunyai kriteria yang diperlukan.
NZ Diners merupakan anak syarikat Kumpulan Naza yang beroperasi dalam industri makanan dan minuman di mana ia semakin mendapat tempat di hati masyarakat.
Restoran BGSC pertama dibuka di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara pada pertengahan tahun lalu. BGSC diasaskan pada tahun 1996 yang diilhamkan daripada filem hebat Forrest Gump lakonan mantap Tom Hanks.
Kini, ia mempunyai 34 cawangan di seluruh dunia termasuk Indonesia, Mexico, Hong Kong, Filipina dan Jepun. Setiap outlet BGSC akan menampilkan koleksi memorabilia filem Forrest Gump seperti skrip, kostum, kasut dan gambar.
Bagi peminat setia filem Forrest Gump, restoran itu juga menyediakan pelbagai barangan dan cenderahati untuk dijual termasuklah kemeja-t, rantai kunci, topi, baju panas dan lain-lain lagi.
Restoran ini beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Ahad, mulai pukul 11 pagi hingga 12.30 malam pada hari biasa dan 11 pagi hingga 1 pagi pada hujung minggu. Bagaimanapun, bermula bulan Mei 2009, waktu operasinya akan dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi.
Kosmo
Sing Through The Change
February 10, 2009
SINGAPORE: “Menopause The Musical” is akin to a sort of spiritual rally.
Any doubts I had about its “life-changing ability” – as described in past reviews – dispelled when an Indian lady, clad in traditional sari, leapt up from her seat at the end of the show to hook arms and dance wildly with the cast on stage.
Her inner joy was unmistakable. Such is the liberation power of the musical.
Like HBO’s hit TV-series-turned-movie “Sex and the City”, “Menopause” revolves around four women with different backgrounds and personalities. But unlike the protagonists in the former, The Soap Star, The Professional Woman, The Housewife and The Earth Mother begin their friendship with a single, hostile encounter.
While fighting over a black bra in a shopping mall, their emotional outburst leads to a discussion on The Change, and as each of them experiences her own fair share of hot flashes, night sweats and incontinence, they achieve a greater understanding of how to celebrate and adapt to their new biological condition.
Since its debut in Florida back in 2001, the musical has been seen by over 9 million women worldwide and when it went on Broadway, 15 minutes, seven songs, and three scenes were added to the show.
Award-winning actress Fredena J Williams, who deftly played The Professional Woman, brought the house down with her powerful renditions of cleverly parodied pop songs from the 1960s to the 1980s such as “Chain of Fools” and “What’s Love Got to Do with It”.
But it was bubbly Megan Cavanagh – best known as Marla Hooch in the 1992 Tom Hanks’ film “A League of Their Own” – who managed to elicit the most laughs with her bumbling, earnest portrayal of meditation-loving Earth Mother.
While each person in the audience is likely to come away with a favourite character in mind, director Kathryn Conte insisted that all are equal in her sight.
“I don’t have a favourite character! I know that sounds strange, but just as a parent loves all her children, I love all the characters. The creator of the piece, Jeanie Linders, has said that women all have to play various roles at some point in their lives,” Conte explained.
“Sometimes we all have to manage our households (Housewife), sometimes we can’t get by just on our looks anymore (Soap Star), sometimes we have situations where we just decide to be ok with where the Universe has put us (Earth Mother), and sometimes we have to take control and be the boss who navigates the workforce (Professional Woman).”
And sometimes, an uplifting musical is all you need to change the way you deal with an inevitable passage of life. For me, I suppose the best way is to sing through it when my time comes.
One thing’s for sure though – no matter which role you dominate in life, whether you’re a woman or man, young or middle-aged, or if your mother has ever cared to openly discuss menopausal symptoms, you will be able to fully empathise with issues like weight gain, memory lapses and crashing fatigue in this delightful musical.
Channel News Asia
Info TV: Filem Hebat Hollywood Di HBO Sepanjang Februari
February 9, 2009

BEN STILLER beraksi dalam filem komedi The Heartbreak Kid.
CUTI Tahun Baru sudah pun berlalu dan setelah puas bercuti, mungkin inilah masanya untuk anda bersantai di rumah sambil menonton rancangan terbaik kegemaran anda di televisyen. Saluran filem terbaik, HBO, turut menyediakan pelbagai judul hebat untuk hiburan anda sekeluarga sepanjang Februari ini.
Saksikan aksi dua pelakon berbakat tinggi, Denzel Washington dan Russell Crowe, dalam drama jenayah yang mendebarkan, American Gangster. Dua bintang terkenal ini membawa watak yang bertentangan, sebagai Frank (Washington) dan Detektif Richie (Crowe).
Frank seorang yang berkuasa dan dihormati dalam lingkungan sosial yang elit. Dia juga bertanggungjawab ke atas pengedaran najis di jalanan Harlem. Richie pula seorang anggota polis yang biadab dan suka berfoya-foya. Namun, dia satu-satunya anggota polis yang rela dan mampu menangani masalah dadah yang semakin meningkat.
Jadi, usah lupa kemunculan dua pelakon tersohor dalam filem menarik, American Gangster, pada 8 Februari jam 10 pagi.
Seterusnya pada hari yang sama, jam 9 malam, filem komedi The Heartbreak Kid menanti penonton dengan kisah yang pasti membuatkan anda tergelak besar. Pasangan anak-beranak sebenar, pelawak veteran Jerry Stiller dan anaknya Ben Stiller, memainkan peranan ayah dan anak dalam filem kelakar ini.
Eddie (Ben Stiller) yang berusia 40 dan masih bujang, memutuskan dia kini sudah bersedia untuk berumahtangga, setelah dia menghadiri majlis perkahwinan bekas tunang. Dia juga mengambil keputusan untuk berkahwin setelah puas didesak oleh ayahnya, Doc (Jerry Stiller). Sekarang, di cuma perlu mencari jodohnya.
Tidak lama kemudian, Eddie berjumpa seorang gadis bernama Lila. Mereka mula menjalinkan hubungan romantik dan selepas waktu yang singkat, mereka tergesa-gesa berkahwin. Sewaktu perjalanan ke Mexico untuk berbulan madu, Eddie menyedari isterinya berbeza daripada apa yang disangka. Lila berubah menjadi perempuan yang kasar percakapannya serta mempunyai tabiat kurang senonoh. Wanita itu juga mempunyai masa lampau yang buruk.
Eddie kini dalam kemelut. Ketika dia keluar untuk menenangkan fikiran, dia bertemu Miranda (Michelle Monaghan), seorang guru yang bersifat baik dan tenang. Eddie mula jatuh hati kepada Miranda. Adegan lucu mula menjelma apabila Eddie cuba mengatasi masalahnya.
Bagi peminat yang ketinggalan tayangannya, mereka boleh mengikuti siaran ulangan The Heartbreak Kid pada 9 Februari, jam 1 tengah hari, 12 Februari jam 7 malam, 14 Februari jam 11 pagi dan 11 malam.
Filem animasi Bee Movie juga turut disenaraikan HBO untuk hiburan semua. Barry B Benson (suara dipinjamkan oleh Jerry Seinfeld) ialah seekor lebah yang kecewa dengan kerjayanya, iaitu membuat madu. Ketika keluar terbang dari sarang, dia diselamatkan Vanessa (Renee Zellweger), seorang peniaga bunga di New York. Sejak itu, persahabatan yang unik bermula. Apabila Barry mendapat tahu manusia memakan madu, dia memutuskan untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas manusia.
Filem ini akan ke udara buat pertama kali, pada 15 Februari jam 9 malam. Siaran ulangannya boleh diikuti pada 16 Februari jam 1 tengah hari, 19 Februari jam 7 malam, 21 Februari jam 11 pagi dan 11 malam, serta 23 Februari jam 3 petang.
Manakala aktor Tom Hanks pula memberikan lakonan berkesannya dalam menghidupkan watak wakil rakyat Texas yang membantu pejuang kebebasan Afghanistan oleh teman wanita sosialit, dalam filem berasaskan fakta, Charlie Wilson’s War. Barisan pelakon filem ini termasuk Julia Roberts sebagai wanita sosialit tersebut; dan Philip Seymour Hoffman sebagai ejen CIA yang membantu dalam rancangan mereka membekalkan senjata kepada orang Afghanistan untuk mempertahankan diri dari Russia.
Tayangan perdana Charlie Wilson’s War adalah pada hari 22 Februari jam 9 malam, diikuti dengan siaran ulangan pada 23 Februari jam 1 tengah hari, 26 Februari jam 7 malam, 28 Februari jam 11 pagi dan 11 malam.
Berita Harian